" Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami 7 perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera". - Wasiat Raja-raja Melayu

Ahad, 24 Jun 2012

Seronok Kerja 4 - Biar Putih Tulang ..


      Analogi yang ditulis oleh SelagiAdaGula dalam ruangan komen di entri Seronok Kerja 3 menarik perhatian penulis. Analogi yang diberi dalam maksudnya. Penulis mengambil masa yang agak lama untuk memahami maksud tersurat dan tersirat analogi tersebut.

      Analogi yang ditulis berkaitan pelajar dan matematik. Sudut pandangan penulis,  matematik tiada cacat celanya. Hala tujunya amat jelas. Bahasa matematik membantu visi tercapai. Tertib dan aturan disusun supaya ia mudah difahami. Langkah demi langkah jelas maksudnya. Jawapannya objektif. Matematik selalu menjadi simbol kemenangan. Dalam demokrasi, matematik sangat penting kerana ia menjadi angka penentu. Apa yang diperlukan cuma untuk memahami. Cubalah untuk memahaminya. Tentu sahaja kita akan seronok bersamanya. Mana tahu ia mungkin akan mengagumkan.

      Penulis setuju bahawa matematik telah disetkan dengan sebegitu rupa. Dari sudut pandangan psikologi apabila kita telah setkan suatu perkara itu pesimis, maka pesimislah jadinya. Pelajar tadi perlu direset kembali mindanya ke arah optimis. Dalam hal matematik, katakan bahawa matematik itu seronok untuk difahami.Maka, mudahlah ia untuk difahami.

     Kalaupun pelajar tadi boleh ditukar atau berpindah ke sekolah lain, matematik tetap ada. Kenapa? Matematik adalah mata pelajaran teras. Hendak atau tidak, ia perlu dipelajari dan difahami. Kitalah yang mesti memulakan langkah memahami matematik.

     Begitulah sedikit ulasan penulis terhadap komen SelagiAdaGula. Penulis percaya SelagiAdaGula seorang yang mempunyai semangat 3K iaitu kepintaran, kecekapan dan ketangkasan. Semangat itulah yang penulis hormati dan ingin bersama memiliki. Penulis teringat lagu ' Biar putih tulang, jangan putih mata ' nyanyian kumpulan Dinamik. Antara lirik yang menarik perhatian ....

      ......Patah pujangga biar putih tulang, jangan putih mata dan kecewa.
            Biarpun hilang ke manapun jua
            Namun semangatku
            Tetap bersamamu .....


Wangsa Perkasa : Kini, di tempat baru penulis bertugas, rakan sejawat ialah guru matematik masa bersekolah dulu. Walaupun matematik tak bagus mana, penulis tidak salahkan matematik. Masih cuba untuk terus memahaminya.

1 ulasan:

  1. Dulu SAG mmg meminati matematik,tapi tak de orang yang boleh memahamkan SAG bagaimana mudahnya memahami matematik itu.
    Hari ini SAG sudah cukup dewasa, pelbagai usaha dibuat untuk memahamkan orang lain yang matematik itu sebenarnya mudah....jawapannya objektif...tepat...dan yang pasti kena mamahami.
    tapi SAG taklah nak berjuang sehingga berputih tulang (macam Leftenan Adnan nak mempertahankan Tanah Air)....tinggi sangat perjuangannya. Perjuangan SAG sekadar untuk menegakkan kebenaran bukan untuk meraih kemenangan.
    Tapi...(tapi lagi)...sebenarnya kebenaran ini sangat pahit rasanya, lebih-lebih lagi bila yang benar itu tidak memihak kepada kita, bila kebenaran itu menyalahkan kita dan bila kebenaran itu seolah-olah menidakkan segala usaha kita selama ini.
    Samalah macam anak-anak kita kecil dulu, mereka tu sangat tidak suka jika disuruh makan ubat bila demam..kata mereka ubat itu pahit tak sanggup nak telan. Dan kita kata 'ubat yang baik rasanya memang pahit'. Ubat yang pahit ini kalau dimakan mesti sembuh demam tu. Wallahhualam.

    BalasPadam