" Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami 7 perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera". - Wasiat Raja-raja Melayu

Rabu, 30 Disember 2015

2016 ; Adakah Kita Bersedia ?

Dengan nama Allah
Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum,
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Selawat dan salam disampaikan kepada junjungan Nabi Muhammad S.A.W., keluarga serta para sahabat baginda.

     Alhamdulillah, tahun 2016 masihi menjelang tiba. Adakah kita telah bersedia ?Masing-masing menghabiskan cuti. Sambil bercuti sambil membuat persediaan. Contohnya, membeli kelengkapan persekolahan anak-anak. Ibu bapa dan anak begitu teruja terutama apabila anak pertama masuk ke alam persekolahan. Hal ini belum lagi kisah persediaan buka sekolah. Selain beberapa siri mesyuarat, semua perkara kena tip top. Adakah sekolah telah bersedia ? Begitulah secebis kisah kehidupan menjelang tahun baru.

      Adakah kita telah bersedia ? Kehidupan perlu diteruskan. Datangnya tahun 2016, beerti hidup semakin pendek. Masa adalah umur. Hidup pula untuk hari ini dan hari selepas ini. Hidup hari ini tidak kekal. Kita hanya musafir  di bumi Allah ini. Kehidupan selepas ini yang kekal abadi. Adakah kita telah bersedia ?

      Makanya, sebagai musafir di bumi Allah ini, marilah kita kutip segala keperluan atau amalan samada yang besar atau kecil untuk kita bawa ke sana kelak. Jom kita mulakan dengan banyakkan Istighfar iaitu Astaghfirullah. Semoga zikir Astaghfirullah, Allah ampunkan kita dan hilangkan titik hitam di hati. Insya-Allah.

Wangsa Perkasa ; Dengar, lihat, cakap dan buat yang baik, Insya-Allah jadi baik. Semoga perjalanan tahun 2016 dengan rahmat Allah. Insya-Allah. Kepada Allah aku tawakal.

Sekian, Wabillahi al-Tawfiq wa al-Hidayah, Wassalamu'alaikum.

     

     

Ahad, 27 Disember 2015

Muhasabah Diri 2015

Assalamualaikum.
      Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
      Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam disampaikan kepada junjungan Nabi Muhammad S.A.W., keluarga serta para sahabat baginda.

      Tahun 2015 makin hampir melabuhkan tirai. Suka, duka, manis atau pahit kehidupan dilalui selagi nyawa dikandung badan. Hujung tahun ini selalunya ditutupi dengan penilaian dan laporan. UPSR dan PT3 telah diketahui prestasinya. SPM dan STPM kelak akan diumumkan. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Pekerja awam atau swasta pula telah dinilai prestasi. Masing-masing menanti bonus tahunan.

      Syukur, saya panjatkan kepada Allah S.W.T kerana telah selesai melaksanakan tanggungjawab yang diamanah dalam menilai prestasi. Dengan nama Allah, saya bertawakal dan memohon kepada Allah agar penilaian saya adil dan tidak menganiaya sesiapa.

      Alhamdulillah, saya sedar Allah menilai kebaikan dan keburukan yang dilakukan. Saya berdoa agar saya diberi hidayah dan petunjuk ke arah jalan yang lurus. Insya-Allah.

      Sebagai penulis , besar harapan saya agar blog ini dapat memberi manfaat kepada diri dan pembaca. Semoga amalan yang baik akan mendapat ganjaran dan keredhaan Allah S.W.T.

      Segala kekilafan, kesilapan dan kekurangan adalah kelemahan daripada saya. Oleh itu teguran membina amat dialu-alukan.

Sekian, Wabillahi al-Tawfiq wa al-Hidayah,

Wassalamu'alaikum.

Salam maulidul Rasul. Mengingati Baginda SAW, jom kita memperbanyakkan selawat kepada Baginda SAW. Allahumma Sholli Ala Sayidina Muhammad.Assalamualaikum 

Selamat menyambut tahun masihi 2016. Jom tingkatkan ibadah.

Wangsa Perkasa - "Sama-sama kita lakukan kebaikan dengan ikhlas"