" Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami 7 perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera". - Wasiat Raja-raja Melayu

Sabtu, 22 Februari 2014

Suatu Hari Nanti ...

      Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.
     
      Hari  ini bila kita nak mandi, kita boleh mandi sendiri di mana sahaja kita suka. Selepas itu, kita ke almari dan pilih baju apa yang kita hendak pakai dan apa warna yang kita suka. Kita boleh pilih wangian yang kita mahu. Apabila sampai waktu sembahyang, kita ke surau atau ke masjid sama ada berjalan kaki mahupun berkenderaan.

      Selepas sembahyang, kita boleh pergi ke mana sahaja kita hendak pergi, ke kedai kopi, shopping ataupun terus pulang ke rumah....
     
      Tetapi... Suatu hari nanti....Kita tidak mampu hendak mandi dan kita akan dimandikan. Kita tidak boleh lagi pakai pakaian yang kita suka, KECUALI kain kapan yang berwarna putih..

Tiada wangi-wangian KECUALI kapur barus...

Dan di waktu itu bukan kita sendiri hendak ke surau atau pun masjid TETAPI kita di usung...

Selepas disembahyangkan, kita sudah tidak boleh pergi ke mana-mana KECUALI kita akan diusung ke rumah yang kekal abadi untuk kita semua iaitu TANAH PERKUBURAN....

Pada waktu itu barulah kita tahu dan sedar bahawa apa yang ada selama ini adalah bersifat sementara dan kita baru sedar yang kita selama ini terpedaya dengan keindahan DUNIA.

"Demi MASA! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali
1. orang-orang yang beriman,
2. dan yang beramal soleh
3. dan yang berpesan-pesan pada kebenaran
4. dan yang berpesan-pesan pada kesabaran".
  Surah Al-'Asr.

Wangsa Perkasa: Nak kongsi perkara ' baik '


Selasa, 18 Februari 2014

Hari ini sihat, esok belum tahu lagi..


      Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

      Alhamdulillah, masih diberi nafas, kekuatan dan kesihatan. Esok, kita tidak tahu apa yang akan berlaku. Tup tup kita diberi tahu teman yang dikenali telah kembali ke rahmatullah. Alfatihah....
Ada kisah yang ingin dikongsi .......
      Apabila seseorang itu mendapat berita kematian teman rapatnya. Maka dia akan berasa sangat terkejut. Semua kawan2nya juga akan terkejut. Tetapi orang yang paling terkejut pada hari itu ialah simati itu sendiri. Maka telah tertutuplah buku amalan. Jika dulu senyum dapat pahala. Sedekah dapat pahala. Segala amalan yang baik dapat pahala. Maka,pada hari itu kitab amalan telah ditutup.Terbaring kaku jenazah. Maka sangat berharaplah ia agar dalam kitab amalannya ada babak2 taubat. Babak2 istighfar kepada Allah. Mengapa? Hal ini kerana Pengampunan dan Rahmat Allah akan menyelamatkan ia dari azab neraka yang seterusnya akan membawanya ke syurga. Insya-Allah.

Wangsa Perkasa : Apabila bersolat Jumaat, kita sering diingatkan supaya luruskan saf dan kita akur. Dalam kehidupan seharian, bagaimana kedudukan saf kita??????

Isnin, 3 Februari 2014

Onward Malayian, United & True


     Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

      Kalau tak silap WP,  Prof Diraja Ungku bAbdul Aziz Ungku Abdul Hamid ada mengatakan " Orang Melayu tidak mungkin bersatu  dan ia sekadar angan-angan " . Biar betul Pak Ungku. Atau ada perkara tersirat yang ingin diberitahu.

     Peredaran zaman telah membuka ruang dan menyediakan pelbagai peluang. Ruang dan peluang ini sedikit sebanyak menjadikan Malayian materialistik. Oleh itu,  semangat Malayian  semakin pudar ditelan dek zaman.Agenda dalam minda hanya untuk memenuhi kehendak diri sendiri.

      Takkanlah tak ada orang yang dapat mencari jalan untuk berpakat. Takkan tidak boleh. Takkan begitu mudah berputus asa. Kita kena berusaha. Tidak rugi jika kita berusaha. Orang yang berusaha tidak akan berputus asa. Usaha Tekun Jaya. Usah terfikir untuk berhenti.

      Bersatu, bersatu, bersatu, bersatu. Ramai orang kata ; Itulah Dilema Malayian ...Itulah juga luahan cikgu Naim


Wangsa Perkasa ; Untuk bersatu perlu bersedia menerima perbezaan