" Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami 7 perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera". - Wasiat Raja-raja Melayu

Rabu, 5 November 2014

Realiti hijrah itu sukar. Salam Maal Hijrah 1436 ( 25 oktober 2014)


Assalamualaikum, salam Maàl Hijrah 1436 - ( 25 oktober 2014 )
Alhamdulillàh, kita melangkah ke tahun baru hijrah 1436. Tentunya bànyak ujian yang akan dihadapi.
Insya-Allah, dengan hidayah dan petunjuk daripada Allah, Insya-Allah, kita boleh hadapinya atau menemui jalan penyelesaiannya.
Hijrah itu satu làngkah permulaan/ pertama ke arah suatu yang lebih baik. Bak kata orang bijak pandai 1000 langkah bermula dengan langkah pertama.
Realiti hijrah itu sukar. Kenapa sukar? Kita sebenarnya berada di zon selesa. Kekayaan ada. Kejayaanpun ada. " Aku ok apa!
Betul, kalau dilihat dalam aspek hubungan kita dengan alam dan hubungan kita dengan manusia.
Tetapi, bagaimana pula hubungan kita dengan Yang Maha Esa?
Beralih tahun hijrah bermakna usia  kita pendek dan kita tiada punya masa lagi.
Mungkin hari ini
Mungkin esok
Mungkin lusa
Kita tiada lagi
Sebab mati itu ' anytime '


Isnin, 15 September 2014

Masa Berlalu. Kita dalam kerugian



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

      Bulan berlalu, musim berlalu, hari berlalu, malah masa begitu pantas berlalu. Sebenarnya, kita dalam kerugian.
      Bulan Ramadhan telah berlalu. Ramai yang merindui bulan ini. Malah ramai juga yang biarkan saja ia berlalu. Cuba kita refleksi ibadah kita ramaadhan tahun ini berbanding Ramadhan yang lalu? Ramai yang dalam kerugian. Kita kurang bersungguh mencari ' malam seribu bulan '.
      Bulan Syawal dirai. Ada yang merainya hingga melepasi syawal. Sana sini rumah terbuka hingga ada yang terlepas berpuasa enam. Kita sekali lagi dalam kerugian. Syawal pun berlalu....
      Bulan kemerdekaan disambut dalam keadaan berkabung. Tragedi MH 370 dan MH 17 begitu menyayat hati rakyat. Al-Fatihah ...buat mangsa beragama Islam. Kita dalam kerugian. Esok kita menyambut ' Hari Malaysia '. Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta. Ada percubaan-percubaan untuk menggangu-gugat sebuah cinta ini. Andai berjaya, kita akan berada dalam kerugian.
      Bulan peperiksaan begitu mendebarkan. UPSR, PT3, SPM dan STPM meresahkan calon, guru, malah ibu bapa. Jika ada yang mempertikaikan integriti para guru, mungkin ada benarnya. UPSR menyebabkan kita dalam kerugian.
      Bulan Haji kembali tiba. Kita doakan mereka mendapat Haji mabrur. Janganlah hendaknya mereka berada dalam kerugian. Bukan senang hendak ke sana. Berpuluh-puluh tahun harus sabar menunggu.

      Begitulah masa, begitu pantas berlalu. Apapun usah lupa, dengan berlalu masa maka, usia kita semakin pendek.

Wangsa Perkasa :  Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
                                                                                      Surah al-'Asr (Masa)

Jumaat, 27 Jun 2014

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan


Ahlan wa sahlan ya Ramadhan !
      Ramadhan al Mubarak menjelma kembali dalam rangka ziarah rutin tahunannya...
Sudah berapa kali kita menyambut Ramadhan? Beranikah kita memberi jaminan kita mempunyai satu lagi peluang menemui ramadhan tahun hadapan?

      Oleh itu, jom berazam untuk jadikan Ramadhan tahun ini dapat ditempuh sehabis baik oleh kita semua di dalam keadaan yang ada peningkatan ke arah kesempurnaan.

      Ibadah puasa Ramadhan telah disyariatkan oleh Allah SWT pada bulan Syaaban tahun kedua Hijrah dengan terwahyunya firman Allah di dalam surah al-Baqarah ayat ke-183 dan 184: " Wahai orang-orang yang beriman, puasa itu telah diwajibkan ke atas kamu sebagaimana ia telah diwajibkan kepada umat-umat sebelum kamu..."

Selamat menghidupkan Bulan Ramadhan dengan penuh kesempurnaan iman dan muhasabah! Ambil peluang Madrasah Ramadhan sebagai medan memperbaiki diri menjadi hamba Allah yang lebih baik selepas ini..


Salam Ramadhan Mubarak.


Wangsa Perkasa: Semoga Ramadhan kali ini kita tidak rugi lagi, lebih bermakna dan mendapat keberkatan


Sabtu, 29 Mac 2014

Kisah dan Teladan ( MH370 dan IM529 )

Assamualaikum dan Salam Sejahtera
Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW

MH370 (kod penerbangan MAS KLIA - Beijing)
IM529 (Ikhwanul Muslimin - 529 pejuang dibunuh syahid oleh Jeneral Assisi)

MH370 berakhir di Lautan Hindi.
IM529 berakhir di tali gantung di Mesir.

MH370 mengorbankan 227 penumpang dan 12 anak kapal.
IM529 mengorbankan 529 syuhada'.

MH370 mendapat perhatian dunia.
IM529 tidak mendapat perhatian dunia.

MH370 tidak diketahui motif ke Lautan Hindi.
IM529 bermotif dendam dan kezaliman kepada para pejuang Islam.

MH370 diketuai oleh pilot yang hebat bernama Kapten Zaharie.
IM529 diketuai oleh Mujahid Ulung merangkap Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin bernama Dr Badi'.

Salam takziah buat seluruh ahli keluarga hamba-haamba Allah yang hebat warga MH370 dan syuhada' IM529.

Al- Fatihah ....
 — feeling sad.



Wangsa Perkasa : Kematian adalah suatu yang pasti buat setiap kita. Barzakh/kubur cuma 2 keadaan, samada taman daripada taman syurga atau lubang daripada lubang neraka. Taat perintah Allah adalah kemestian, bukan pilihan. Macam mana saat kematian kita nanti ????

Sabtu, 22 Mac 2014

Kisah dan teladan - ( Mencari 50 sen )

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

      Dalam dunia pendidikan, aspek sahsiah amat ditekankan terutamanya disiplin. Istilah ganjaran dan hukuman memang tidak asing lagi dalam kalangan guru. Selalunya bila pelajar buat salah, hukuman demerit akan dikenakan. Bila pelajar buat suatu yang baik,  suatu ganjaran pula  akan diterima pelajar. Ganjaran yang paling asas biasanya ' terima kasih '

      Pernah suatu hari, penulis memberi ganjaran 50 sen kepada pelajar yang membuat grafik yang menarik tentang ' katakan tidak kepada rokok '. Walaupun berapalah sangat 50 sen, tetapi ganjaran tersebut amat dihargai oleh pelajar berkenaan. Mungkin tidak pernah dapat ganjaran daripada cikgu dan selalunya dendaan yang diterima atau ada kisah di sebalik duit 50 sen.

      Penulis  ingin berkongsi sebuah kisah 50 sen yang menyentuh hati...

Cikgu : "Kenapa Alif tidak rehat ?"
Alif     : "Mak saya beri 50 sen sehari, cikgu... Di kantin 50 sen ini cuma dapat beli nugget sekeping aje.
            Malu saya cikgu, bila beratur panjang-panjang dapat beli nugget sekeping aje. Jadi, saya kumpul duit             hari ini untuk makan hari esok. Jadi, saya dapat makan nugget dengan air sirap 50 sen. Saya pergi
            ke kantin hari Selasa dan KHamis aje cikgu ( Alif tunduk malu )"

      Perasaan saya mula bercampur baur, sedih dan sebak. Di tahun 2014 ini masih ada pelajar yang membawa 50 sen ke sekolah. Ramai antara kita memandang 50 sen itu jumlah yang kecil, sedangkan bagi pelajar ini 50 sen sangat besar ertinya....

Cikgu : "Kalau hari Jumaat awak tidak pergilah le kantin?"
Alif     : "Oh .....Hari Jumaat duit 50 sen ini saya sedekahkan masa bacaan yasiin, cikgu." jawab Alif dengan
           bersahaja. " Emak saya kata, kalau kita sedekah, rezeki kita akan bertambah.."

      Mata saya mula berkaca. Saya terkejut dan bertambah sebak. Dah lah ada 50 sen, siap boleh sedekah pula lagi.
     Ya Allah, limpahkan lah rezeki kepada keluarga pelajarku ini. Luaskanlah rezeki mereka semoga mereka tidak lagi berada dalam kemiskinan.
     Huh, macam terpukul saya. Bayangkan duit 50 sen untuk makan, dia sedekahkan 50 sen untuk tabung sekolah setiap jumaat semasa bacaan yasiin....

Wangsa Perkasa : Kisah ini  macam mudah tapi ia memberi 1001 pengajaran agar kita lebihkan bersedekah.

Jumaat, 14 Mac 2014

Kisah dan Teladan ( Mencari Ilmu Ikhlas )

      Assalamualaikum dan salam sejahtera.

" Mari aku ajarkan kamu ilmu ikhlas " kata guru kepada muridnya.
" Nanti saya ambilkan buku dan pen untuk menulis."
" Tak perlu, bawa sahaja karung guni."
" Karung guni?' soal anak murid seperti tidak percaya.
" Mari kita ke pasar!"
" Dalam perjalanan ke pasar mereka berdua melalui jalan yang berbatu-batu.
" Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam guni yang kau bawa itu." kata guru itu memberi  arahan.
Tanpa banyak soal, anak muridnya memasukkan batu-batu besar yang mereka temui di sepanjang jalan.
" Cukup?" tanya anak muridnya.
" Belum. Isi sampai penuh karung guni itu."

Sampai di pasar, mereka berdua tidak membeli apa-apa. Berlegar-legar, melihat-lihat dan kemudiannya mula beredar keluar.

Tuan Guru, kita tidak beli apa-apa?" tanya si murid.
Tidak. Bukankah karung gunimu telah penuh?" jawab si guru.
"ya, ya...." kata si murid, agak kelelahan.

" Banyak beli barang," tegur seorang kenalan apabila melihat mereka dengan guni yang kelihatan barat itu.

" Wah, tentu mereka  berdua ini orang kaya! Banyak sungguh barang yang mereka beli," kata seorang yang lain.
" Agaknya, mereka hendak buat kenduri besar" kata yang lain pula.

Sebaik kembali ke tempat tinggal mereka, si murid meletakkan guni yang berisi batu-batu tadi.
" Oh, letih sungguh... apa yang kita hendak buat dengan batu-batu ini Tuan Guru?"
"Tak buat apa-apa".
" Eh, kalau begitu letih sahajalah saya." balas anak murid.
" Letih memang letih, tapi kamu sudah belajar tentang ikhlas."
Ikhlas?"  si murid kehaairanan.
" Kamu sudah belajar apa akibatnya jika tidak ikhlas dalam beramal."
" Dengan memikul batu-batu ini?"
" Ya. Batu-batu itu umpama amalan yang riak. Tidak ikhlas. Orang memujinya seperti orang-orang di pasar tadi memuji banyaknya barang yang kamu beli. Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keperluan, tetapi hanya batu-batu."

" Ya , sekarang saya faham apa akibat jika beramal tetapi tidak ikhlas!" ujar si murid.

Pengajaran : Ramai manusia tertipu dalam beramal kerana mengharapkan pujian. Padahal kata-kata  pujian hakikatnya hanya menyebabkan diri terseksa kerana terpaksa hidup dalam keadaan  yang bermuka-muka.

Wangsa Perkasa.: Jom kita cari ilmu ikhlas.

Isnin, 3 Mac 2014

Kisah dan Teladan ( Mencari Kesempurnaan )

      Assalamualaikum dan Salam sejahtera

     Namapun guru, tentu sekali interaksi selalu dengan murid. Suatu hari seorang anak murid bertanya kepada guru.

     " Bagaimana caranya kita mendapat suatu yang paling sempurna dalam hidup..? tanya murid.

     Lantas guru menjawab : "Berjalan lurus di taman bunga, lalu petiklah bunga yang paling cantik menurutmu dan jangan kembali kebelakang..!"

      Setelah berjalan dan sampai di hujung taman, murid tadi kembali dengan tangan kosong ( hampa).

      Lalu Guru bertanya: ' Mengapa kamu tidak mendapatkan bunga satu pun?

      Jawab Murid: " Sebenarnya tadi saya sudah menemukan bunga yang cantik tersebut, tapi saya tidak memetiknya, kerana saya fikir mungkin yang di depan pasti ada yang lebih cantik. Namun, ketika saya sudah sampai di hujung, saya baru sedar bahawa yang saya lihat tadi adalah yang tercantik, dan aku pun tidak mungkin kembali ke belakang lagi!

      Sambil tersenyum, Guru berkata: " Ya, itulah hidup. Semakin kita mencari kesempurnaan, semakin kita tidak akan pernah mendapatkannya. Sejatinya kesempurnaan yang hakiki dalam hidup ini tidak pernah ada. Apa yang ada hanya keikhlasan hati kita untuk menerima kekurangan dengan apa yang ada."

      Guru dan murid berjalan seiring ke kelas untuk Pengajaran dan Pembelajaran.

     Semasa berehat di pejabat Guru tadi teringat kembali perbualannya dengan muridnya. Dalam hatinya berkata , " benarlah kata bijak pandai :-

1. Bila tiada kuasa memberi pada orang, jangan mengambil hak orang.
2. Bila mengasihi orang terlalu sukar dan sulit, jangan suka membenci orang.
3. Bila tidak mampu merghibur orang, jangan membuatnya sedih pada orang.
4. Bila tidak mampu meringankan beban orang lain, jangan mempersulit/ memberatkan orang.
5. Bila tidak sanggup memuji orang, jangan suka mengeji orang.
6. Bila tak mampu menghargai orang, jangan suka menghina orang.

Wangsa Perkasa : Guru yang hebat adalah guru yang banyak belajar daripada muridnya sendiri.

   






Sabtu, 22 Februari 2014

Suatu Hari Nanti ...

      Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.
     
      Hari  ini bila kita nak mandi, kita boleh mandi sendiri di mana sahaja kita suka. Selepas itu, kita ke almari dan pilih baju apa yang kita hendak pakai dan apa warna yang kita suka. Kita boleh pilih wangian yang kita mahu. Apabila sampai waktu sembahyang, kita ke surau atau ke masjid sama ada berjalan kaki mahupun berkenderaan.

      Selepas sembahyang, kita boleh pergi ke mana sahaja kita hendak pergi, ke kedai kopi, shopping ataupun terus pulang ke rumah....
     
      Tetapi... Suatu hari nanti....Kita tidak mampu hendak mandi dan kita akan dimandikan. Kita tidak boleh lagi pakai pakaian yang kita suka, KECUALI kain kapan yang berwarna putih..

Tiada wangi-wangian KECUALI kapur barus...

Dan di waktu itu bukan kita sendiri hendak ke surau atau pun masjid TETAPI kita di usung...

Selepas disembahyangkan, kita sudah tidak boleh pergi ke mana-mana KECUALI kita akan diusung ke rumah yang kekal abadi untuk kita semua iaitu TANAH PERKUBURAN....

Pada waktu itu barulah kita tahu dan sedar bahawa apa yang ada selama ini adalah bersifat sementara dan kita baru sedar yang kita selama ini terpedaya dengan keindahan DUNIA.

"Demi MASA! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali
1. orang-orang yang beriman,
2. dan yang beramal soleh
3. dan yang berpesan-pesan pada kebenaran
4. dan yang berpesan-pesan pada kesabaran".
  Surah Al-'Asr.

Wangsa Perkasa: Nak kongsi perkara ' baik '


Selasa, 18 Februari 2014

Hari ini sihat, esok belum tahu lagi..


      Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

      Alhamdulillah, masih diberi nafas, kekuatan dan kesihatan. Esok, kita tidak tahu apa yang akan berlaku. Tup tup kita diberi tahu teman yang dikenali telah kembali ke rahmatullah. Alfatihah....
Ada kisah yang ingin dikongsi .......
      Apabila seseorang itu mendapat berita kematian teman rapatnya. Maka dia akan berasa sangat terkejut. Semua kawan2nya juga akan terkejut. Tetapi orang yang paling terkejut pada hari itu ialah simati itu sendiri. Maka telah tertutuplah buku amalan. Jika dulu senyum dapat pahala. Sedekah dapat pahala. Segala amalan yang baik dapat pahala. Maka,pada hari itu kitab amalan telah ditutup.Terbaring kaku jenazah. Maka sangat berharaplah ia agar dalam kitab amalannya ada babak2 taubat. Babak2 istighfar kepada Allah. Mengapa? Hal ini kerana Pengampunan dan Rahmat Allah akan menyelamatkan ia dari azab neraka yang seterusnya akan membawanya ke syurga. Insya-Allah.

Wangsa Perkasa : Apabila bersolat Jumaat, kita sering diingatkan supaya luruskan saf dan kita akur. Dalam kehidupan seharian, bagaimana kedudukan saf kita??????

Isnin, 3 Februari 2014

Onward Malayian, United & True


     Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

      Kalau tak silap WP,  Prof Diraja Ungku bAbdul Aziz Ungku Abdul Hamid ada mengatakan " Orang Melayu tidak mungkin bersatu  dan ia sekadar angan-angan " . Biar betul Pak Ungku. Atau ada perkara tersirat yang ingin diberitahu.

     Peredaran zaman telah membuka ruang dan menyediakan pelbagai peluang. Ruang dan peluang ini sedikit sebanyak menjadikan Malayian materialistik. Oleh itu,  semangat Malayian  semakin pudar ditelan dek zaman.Agenda dalam minda hanya untuk memenuhi kehendak diri sendiri.

      Takkanlah tak ada orang yang dapat mencari jalan untuk berpakat. Takkan tidak boleh. Takkan begitu mudah berputus asa. Kita kena berusaha. Tidak rugi jika kita berusaha. Orang yang berusaha tidak akan berputus asa. Usaha Tekun Jaya. Usah terfikir untuk berhenti.

      Bersatu, bersatu, bersatu, bersatu. Ramai orang kata ; Itulah Dilema Malayian ...Itulah juga luahan cikgu Naim


Wangsa Perkasa ; Untuk bersatu perlu bersedia menerima perbezaan

Selasa, 28 Januari 2014

Biar Meja Tumbang, Jangan Guru Yang Tumbang


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

      Kata orang, sekeping gambar boleh memberikan  1000 cerita. Masing-masing ada pesepsi sendiri. Peristiwa dan pengalaman yang membuatkan suatu cetusan pendapat diutarakan.  Kalangan kita juga mampu melihat sesuatu dari sisi yang berbeza. Sebenarnya kita mampu memahami, bahawa hidup adalah proses belajar yang tidak pernah terhenti. .....Respon sememangnya berbeza kerana itulah kita.

Kalau ini dikatakan beban tugas guru hari ini, kena fikir dua kali. Mutu. Semuanya berkaitan dengan mutu.

Photo: Kalau ini dikatakan beban tugas guru hari ini, kena fikir dua kali. Mutu. Semuanya berkaitan dengan mutu.

  • Maya Mhd Adeh la.......roboh meja

  • Wangsa Perkasa  Maya Mhd, mungkin banyak eviden pbs atas
      meja hingga roboh meja. Meja pun satu hal jugak.
  • Maya Mhd Meja kasi tukar....beli bru yg kukuh. Bila nk buat or tukar 
  •   1 sistem bru, pihak berkenaan msti pastikan
  •                prasarana dll mesti sedia n tip top.
  • Liyana Toh Abdullah Meja tu dah expire sebenarnya, dah tiba masa bg 
    1 meja baru kat ckg ni!!!!! Beban kerja mmg boleh 
  •             tahan berat tp kerja lain lagi berat dan susah, jadi kita masih perlu banyak2 
  •              bersyukur dpt jadi guru.....
  • Wangsa Perkasa Maya Mhd, usah kuatir. Tunggu dan lihat saja 1April 
  •     nanti. Semua masalah ada penyelesaiannya. Apapun 
  •               relax Maya dan senyum.
  • Wangsa Perkasa  Liyana Toh Abdullah, Betul tu. Kalau takut 
  •   dilanda ombak usah berumah di pinggir pantai. Ombak pula ombak rindu.
  • Mageswari Ubbudari Tak apa meja je tumbang..cikgu masih tetap 
  •    berdiri kukuh menjlnkan tugas yg diamanahkn..
  • Wangsa Perkasa Mageswari Ubbudari, betul tu. Biar meja tumbang,
  •              usah  guru-guru yang tumbang. Ada orang kata, guru-guru kena kukuh
  •              sepakat dan usah   mengejar  band.
                 Badariah Salwa Demi tanggungjawab segala susah payah d tanggung

          Zainura Maidin Addmi Beratkn tugas guru. .

Wangsa Perkasa:  Apabila meninggal dunia seorang guru, usah dicari pusara di bumi. Sebaliknya, carilah ia
                            di setiap jiwa muridnya


Rabu, 22 Januari 2014

Siapalah kita

      Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

      Entri kali ini mudah sahaja. Benarlah kata setengah orang iaitu suami tidak boleh hidup tanpa isteri. Sebahagian orang kata lagi dalam banyak perkara isteri tidak boleh hidup tanpa suami.

      Maka betul lah firman Allah .... ar rijal qawwamuna a'la an nisa' ......


 Wangsa Perkasa ; Cuba untuk mengamalkan apa yang kita tahu. Belajar untuk menyintai-Mu

Selasa, 14 Januari 2014

Mencintai-Mu.

      Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

     Hari ini 14 Januari 2014 bersamaan 12 Rabiulawal 1435 Hijrah, kita menyambut Maulidur Rasul. Pagi tadi di TV WP melihat sambutannya. Ceramah ustaz Kazim memang menarik untuk di lihat dan dengar. Sempena Maulidur Rasul tahun ini, WP ingin berkongsi ..........


Wangsa Perkasa : Mencintai-MU : Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Sabtu, 11 Januari 2014

Siapakah di sebalik topeng ' Guy Fawkes '

      Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Atas Kamu.

      Masa perhimpunan haram hendak gulingkan kerajaan pada malam tahun baru 2014, wangsa Perkasa melihat orang kita gemar memakai topeng Guy Fawkes dan tidak tahu siapa sebenarnya lelaki  tersebut. Kajilah dulu sejarahnya. 

Wangsa Perkasa ; Siapa kau ?
Guy Fawkes ; Aku. Aku bernama Guy Fawkes.
                      Aku merupakan seorang revolusioner Kristian yang menentang James 1 untuk memastikan
                      pemerintahan Monarki Kristian dan penguasaan gereja semula dalam masyarakat Eropah.
                      Kenapa kau nak tahu?

Wangsa Perkasa : Sebab yang pakai topeng kau ialah orang Melayu Islam.

Guy Fawkes : Ha ha ha ha. Berjaya juga aku akhirnya.

Wangsa Perkasa : Sudah terang lagi bersuluh. Apakah kita masih tidak sedar?

Wangsa Perkasa: Bukankah lebih elok kita lihat ke dalam cermin . Siapakah dia di sebalik cermin tersebut.

Rabu, 8 Januari 2014

Jom Tunaikan Zakat


      Baru saja berbelanja untuk anak- anak kembali ke sekolah, menanti pula bil indah water, cukai pintu, cukai tanah, bil elektrik, bil telefon, bil multi media dan beberapa bil lain. Nampak gayanya kena berjimat sikit.Tambahan pula, tahun 2014 ini disambut dengan kenaikan harga barang. Ramai yang memperkatakannya dan ada juga yang memprotes hingga ke jalanan. Bab protes di jalanan dan mengganggu ketenteraman aman, wangsa perkasa tidak bersetuju. Banyak saluran yang boleh diambil untuk menunjukkan rasa tidak puas hati.

      Akhirnya, yang menanggung kos ialah diri sendiri. Jadi, mulakan langkah berjimat cermat dan berhemah dalam berbelanja.  Apapun simpanan yang ada, mesti dibersihkan. Jom kita bersihkan simpanan. Moh kita tunaikannya..Caranya adalah dengan berzakat. Alhamdulillah....

Wangsa Perkasa ; masih ingat masa belajar ekonomi dulu, antaranya fungsi wang ada 3 iaitu urusniaga, tabungan dan spekulasi. Jika wang yang ada dapat memenuhi 3 ini, kita masih dapat harungi kenaikan kos sara hidup. Itupun, kena ambil kira, faktor-faktor lain tidak berubah.

Jumaat, 3 Januari 2014

kegembiraan Kembali ke Sekolah


      
      Assalamualaikum dan salam sejahtera. Walaupun sesi persekolahan 2014 disambut dengan peningkatan kos. Kegembiraan kembali ke sekolah tetap dirasa. Bukannya apa, cuma berfikiran positif dan untuk mencari 'mod'. Maklum saja cuti panjang. Tambahan pula, rungutan banyak WP dengari tentang peningkatan kos kembali ke sekolah. Bayangkan jika empat atau lima anak yang masih bersekolah. Boleh termenung panjang dibuatnya. Apapun, sebagai pendidik, rasa gembira dan seronok mesti ada. Apa yang boleh WP katakan pandai pandailah bila berbelanja, bak kata pepatah ukur baju di badan sendiri.

      Ayat yang mudah, lumrah dunia. Setiap daripada kita mempunyai kemampuan berbeza-beza. Ada yang dikurniakan rezeki yang melimpah ruah. Namun ada yang ditakdirkan untuk hidup bersederhana. Yang sedihnya, ada yang terpaksa hidup dalam keadaan serba kekurangan.

Wangsa Perkasa: Gembira dan seronok sebab masih ramai yang sudi membantu. Kepada pihak berkenaan, selagi ada kuasa, buatlah sesuatu.

Rabu, 1 Januari 2014

Azam dan Semangat iringi tahun baru 2014




            Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Atas Kamu.

      Kehidupan adalah sebuah buku, setiap saat dan ketika mempunyai halaman yang baru. Semoga selamat mengharungi tahun 2014 dengan tabah, yakin dan ceria. Yang penting kita buat perkara yang baik.

     Semoga tahaun 2014 lebih baik dari tahun 2013. Kita boleh tahu pencapaian tahun 2013, iaitu muhasabah diri. Pendek kata, azam dan semangat iringi tahun 2014.

Wangsa Perkasa : Menyampaikan mesej kasih sayang.