" Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami 7 perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera". - Wasiat Raja-raja Melayu

Jumaat, 8 Jun 2012

Seronok Kerja 2


      Seronok kerja? Seronok. Bolehlah. Ok. Hakikatnya, ia tidaklah semudah menyebut a, b, c atau d. Memang betul orang kata nadi kecemerlangan dalam organisasi adalah seronok kerja. Ada juga orang kata seseorang itu tidak selama-lamanya seronok kerja.

      Namapun manusia, pelbagai perasaan seperti malas, bosan, jemu dan segan menjadi lumrah perilaku manusia. Ataupun, sebab kesesakan lalulintas, perjalanan yang terlalu panjang untuk sampai ke tempat kerja, masalah kesihatan, masalah dengan rakan sejawat dan pentadbiran, suami di Kelantan manakala isteri di Johor, menghabiskan setengah usia dalam organisasi dan macam-macam lagi.

      Macam-macam lagi seperti tempat kerja tidak kondusif, gelap, sesak, sempit, berkongsi tempat duduk dan kualiti peredaran udara yang tidak baik, antara penyebab kita tidak seronok kerja. Perkara ini
sekaligus akan menjejaskan prestasi dan produktiviti.

      Hal ini lama kelamaan akan menimbulkan rungutan, aduan dan perselisihan mahupun konflik atau sikap menentang. Walaupun ia sebagai asam garam di tempat kerja, jika tidak ditangani secara berkesan kecemerlangan organisasi akan terjejas.

      Jadi, kita kena seronok kerja. Seronok kerja. Seronok kerja. Persoalannya, macam mana kita nak seronok kerja?

Wangsa Perkasa : masih ingat lagi seronok kerja sebagai satu nilai dalam tonggak 12.







2 ulasan:

  1. Sama ada di tengah bandar, pinggir bandar mahupun di ceruk desa, saya sentiasa seronok bekerja kerana itu tugas, amanah dan tanggungjawab, dan itu juga yang akan ditanya apabila kita sampai di alam yang satu lagi. Tetapi dalam masa yang sama ...rupa-rupanya ada manusia yang tidak seronok melihat kita seronok bekerja.

    BalasPadam
  2. Seronok bekerja itu anugerah Allah yang tiada
    hijab.
    Tatkala kita bekerja, sematkan dalam jiwa raga selagi masih ditiupkan roh ke dalam jasad, sesungghnya aku bekerja semata-mata kerana menurut perintah Allah, Tuhan sekalian alam yang menguasai hari pembalasan...

    BalasPadam