" Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami 7 perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera". - Wasiat Raja-raja Melayu

Isnin, 18 Jun 2012

Seronok Kerja 3

      Betul juga apa yang diulas oleh SelagiAdaGula iaitu ada manusia yang tak seronok melihat orang lain seronok bekerja di ruangan komen tajuk Seronok Kerja 2. Melalui pengamatan penulis yang menghadiri kursus, mesyuarat, pembacaan atau perbualan dengan ketua jabatan mengiyakan bahawa dalam setiap organisasi memang terdapat orang jenis ini. Ada saja yang tak kena.

      Perkara ini bolehlah dianggap kudis dalam organisasi. Jika tidak ditangani mungkin ia boleh menjadi barah kepada organisasi, yang akan merencatkan proses kecemerlangan. Banyak cadangan untuk mengatasi masalah ini dan ada kalanya ia sesuai mengikut konteks. Perkara ini selalunya berlaku antaranya akibat individu itu lama berkhidmat di sesebuah organisasi. Contohnya jika di institusi pendidikan seperti sekolah banyak dikatakan akan wujud 'sekolah dalam sekolah'.Mungkin suasana baru atau tempat baru dapat mengubah perspektif individu berkenaan. Hal ini selalunya berkait dengan sikap. Justeru, cubalah mulakan dengan memupuk nilai  dan sikap keseronokan bekerja dalam diri terlebih dahulu.

     Macam mana hendak benar-benar merasai keseronokan bekerja ? Ada pakar menyatakan keseronokan bekerja akan dirasaai apabila mengalami kejemukan, kesusahan, kepenatan, rungutan dan sebagainya.Tapi perkara ini berjaya diatasi. Selain itu, berusaha untuk mencapainya.

      Syukur. Bersyukur dengan kerja. Beruntung dengan kerja yang dimiliki mampu menyuburkan rasa syukur. Kalau dapat dibayangkan kesusahan membanting tulang, memerah otak dan keringat tentu sahaja kita akan seronok bekerja, apatah lagi titik peluh yang keluar adalah halal.

     Setakat ini adakah anda gembira? Cubalah untuk bergembira dan menggembirakan orang lain. Nescaya kerjapun jadi seronok.Macam mana hendak gembirakan orang lain. Bukannya susah; imbuhan, ganjaran dan penghargaan. Boleh juga dicuba 3 S ( Senyum, Sapa dan Sopan ).Selain itu, hormat-menghormati sesama rakan dan ketua jabatan. Jangan lupa berkongsi rezeki dengan keluarga dan masyarakat yang akan menimbulkan perasaan kepuasan diri sendiri.

      Akhir sekali doa. Berdoa dan terus berdoa.....

Wangsa Perkasa : Berdoa ketika dalam kesenangan atau kelapangan.

2 ulasan:

  1. Analoginya sama macam student kita yang tak suka matematik...mereka telah setkan di minda 'matemaik susah', begitu jugalah di tempat kerja..bila org itu sudah setkan dalam mindanya mmg tidak seronok melihat kita yang seronok bekerja, pelbagai perkara positif yg kita buat yg jelas mencapai KPI, akan dilihat negatif, dan yg lebih memburukkan keadaan bila semua ini ditambah pula dengan rencah hasat...dengki dan cemburu membuta tuli dan tanpa usul periksa. Sama kan...macam student kita tadi yg tak suka matematik...walaupun guru itu terbaik...dengan pelbagai tips diberi..dengan kelas tambahan dibagi...matematik tetap dianggap susah dan kalau boleh perlu dibuang dari silibus yg diajar dalam kelas.Wallahualam.

    BalasPadam
  2. sorry...bukan silibus tapi subjek.

    BalasPadam