" Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami 7 perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera". - Wasiat Raja-raja Melayu
Sabtu, 14 Mei 2011
Jumaat, 13 Mei 2011
Bahasa Jiwa Bangsa. Bahasa Menunjukkan Bangsa. Hilang Bahasa Lenyaplah Bangsa
aku menanya dalam diri
celana dalam pasti dari luar negeri
dan ubat jerawat dibeli mengikut arahan iklan mana
kucari diri Malaysianya tapi yang kutemui ........
namun bahasanya aku tidak mengerti
dua patah Melayu ditimbun sepuluh Inggeris
dipinjam dari majalah anak muda
aku tunduk mencari Malaysianya
yang mungkin terjatuh ke bawah kerusinya.
'Anak Global' SN, Prof Emeritus Dr Muhammad Salleh
celana dalam pasti dari luar negeri
dan ubat jerawat dibeli mengikut arahan iklan mana
kucari diri Malaysianya tapi yang kutemui ........
namun bahasanya aku tidak mengerti
dua patah Melayu ditimbun sepuluh Inggeris
dipinjam dari majalah anak muda
aku tunduk mencari Malaysianya
yang mungkin terjatuh ke bawah kerusinya.
'Anak Global' SN, Prof Emeritus Dr Muhammad Salleh
Isnin, 2 Mei 2011
Satu hari di bandaraya Ipoh
Klinik Kesihatan Gunung Rapat
- gusi merah, bengkak dan mudah berdarah.
- mulut berbau.
- gigi menjadi longgar/ jarang/ memanjang.
- nanah terjadi di bahagian gusi
- sakit dan tidak selesa semasa mengunyah makanan.
- kehilangan gigi.
Penulis sempat berkenalan dengan salah seorang pesakit Mohd Norzila namanya. Sambil berbual dia menceritakan anaknya yang terlibat dalam kemalangan bangunan runtuh di Jalan Ashby Ipoh suatu ketika dulu. Sehingga kini kes tersebut masih tergantung tiada jalan penyelesaian. Dalam nada kecewa beliau sedih diperlakukan sedemikian dan berharap Kerajaan Negeri dapat menyelesaikan kes ini seberapa segera. Beliau sempat e-mailkan butiran kes kepada penulis. Penulis berdoa agar beliau teruskan berjuang untuk kebenaran anaknya itu.
Anak penulis bergambar kenangan di kubu perlindungan serangan udara.
Dari muzium penulis ke Taman Jepun yang terletak bersebelahan dengan gelanggang lumba kuda. Kekurangan tempat meletak kereta menyukarkan pengunjung datang ke sini, selain kawasan taman yang kecil dan tiada ciri-ciri istimewa yang boleh dijadikan aktiviti keluarga selain hanya bersantai.
Destinasi seterusnya adalah Parkson. Destinasi wajib jika berkunjung ke Parkson ialah melihat dan membeli buku di kedai buku popular. Kebetulan ada pameran buku popular di ruang legar, 4 buah buku juga sempat di beli. Kebanyakan tajuk buku cerita yang dibeli berkaitan cerita alam sekitar.Mungkin anak-anak penulis akan menjadi pecinta alam suatu hari nanti? Penulis berharap juga generasi muda dapat menjaga hubungan manusia dengan alam ini sebab alam sekarang sedang menunjukkan kemarahannya akibat perbuatan kita.
Kebetulan juga ada tayangan filem Hikayat Merong Mahawangsa di panggung di atas, kami terus menonton filem tersebut. Memang menarik dan terhibur sekali. Yang pasti filem ini boleh dijadikan penanda aras kecemerlangan anak bangsa kita dan contoh wangsa perkasa.
Akhirulkalam memetik mutiara kata ' berjalanlah kerana berjalan seperti air yang mengalir'. Sebagai penduduk bandaraya Ipoh, penulis berpendapat bahawa Ipoh merupakan sebuah bandaraya yang tenang, aman dan damai serta boleh relax ketika memandu. Walau bagaimanapun, ssuatu perlu dilakukan oleh pihak berkenaan supaya Ipoh dapat menarik pelancong luar datang berkunjung ke sini. Wujudkanlah suatu yang istimewa seperti pekan rabu, dataran bercayaha Masjid Zahir di Alor Setar atau seni taman yang boleh bersantai sepeti di Seremban?
Pejabat Pendaftaran dan Gunung Lang
Gunung Lang masih kurang mampu menarik pelancong luar.
Suatu hari pada 15.3. 2011, penulis telah pergi ke Pejabat Pendaftaran Negara di Ipoh untuk membuat kad pengenalan anak perempuan yang telah berusia 12 tahun. Adalah menjadi tanggungjawab rakyat Malaysia yang berusia 12 tahun memiliki kad pengenalan. Perkara yang menarik penulis lihat di pejabat ini ialah amalan 5 S yang diterapkan dalam organisasi tersebut. Perubahan memang ketara apabila amalan 5 S ini diamalkan. Persekitaran di pejabat ini 2 tahun lepas semasa penulis datang di sini bagi membuat kad penganalan anak lelaki penulis memang berbeza sekali berbanding sekarang. Penulis masih teringat lawatan penanda aras organisasi penulis ke Pejabat SUK Perak berkaitan amalan 5 S seperti yang tercatat dalam blog ini. Sehingga kini objektif lawatan penanda aras amalan 5 S di organisasi penulis masih belum menampakkan hasil.
Perkara lain yang menarik perhatian penulis adalah kempen 3 S yang dilakukan oleh pejabat Imigresen yang terletak di hadapan Pejabat Pendaftaran. Amalan 3 S yang dimaksudkan ialah Senyum, Sapa dan Sopan. Penulis berpendapat semua organisasi atau jabatan kerajaan sedang menuju ke arah penambahbaikan.Masing-masing sedang melaksanakan tranformasi. Terlintas di fikiran penulis, organisasi tempat penulis bertugas. Bersediakah mereka ??
Setelah selesai urusan di sana, penulis dan keluarga mengunjungi Gunung Lang yang terletak berhampiran dengan Pejabat Pendaftaran. Ipoh memang kaya dengan khazanah alam semulajadi terutama bukit batu kapur. Bukit batu kapur mempunyai pandang darat yang tersendiri seperti staligtit dan staligmit serta aliran sungai di dalamnya. Walau bagaimanapun di Ipoh, penulis melihat bukit batu kapur telah diteroka untuk tujuan ekonomi seperti projek kuari. Sangat kurang batu kapur ini dijadikan produk pelancongan. Kalau adapun seperti Gunung Lang, ia kurang mampu menarik pelancong luar datang. Penerokaan bagi tujuan keagamaan seperti Perak Tong mahupun Sam Poh Tong hanya menarik pelancong beragama Buddhis. Oleh itu pihak berkenaan seperti MBI perlulah memikirkan bagaimana pemandangan batu kapur yang menarik ini dapat dimanfaatkan dan mampu menarik pelancong dari luar datang bercuti-cuti di Ipoh.
Langgan:
Catatan (Atom)