" Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami 7 perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera". - Wasiat Raja-raja Melayu

Sabtu, 17 September 2016

Aku ada untuk apa? Pesan buat hati

*ّاَلسٌَلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُاللّٰهِ وَبَرَكَاتُهُ.*

*بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ*

أَلْحَمْدُالِلّٰهِ رَبِ الْعَا لَمِينَ ، وَالْصَّلاَةُ وَأَلسَّلاَمُ عَلٰى أَشْرَفِ الْأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِينَ ، وَعَلٰى آلِهٖ وَأَصْحابِهٖ أَجْمَعِينَ .
  
Dan sebenarnya, aku sering tertanya-tanya, Aku ada untuk apa?,  Kau ada untuk apa?,  Dia ada untuk apa ?

Dan pesan aku buat hati,

Ketika kita dipuji, jangan lupa bersyukur untuk ALLAH, kerana ALLAH lah yang memberi pujian itu kepada kita.

Ketika kita dikeji, jangan lupa bersyukur, kerana ALLAH memberikan pahala kepada kita.

Ketika kita senang, jangan lupa bersyukur kepada ALLAH kerana Dialah yang memberi kesenangan itu.

Ketika kita susah, jangan lupa bersyukur, kerana ALLAH memelihara kita dari sifat tamak.

Tidak kiralah apa jua keadaan sekalipun, bersyukurlah dan redha kepada ALLAH. Kerana itulah tanda kita duduk di dalam Rahmat dan Hidayah ALLAH SWT.

Ya Allah....
Anugerahkanlah
kepada kami kebaikan hidup di dunia dan kebaikan hidup di akhirat. Dan lindungilah kami drp azab api neraka.

Akhirkanlah kesudahan hidup kami dengan kesudahan yang baik. Dan janganlah kau akhirkan kesudahan hidup kami dengan kesudahan yang tidak baik.

وَصَلَّ اللّٰهُ عَلٰى سَيِّدِنا مُحَمَّدٍ وَعَلٰى آلِهٖ وَصَحْبِهٖ أَجْمَعِينَ وَالْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبّ الْعَا لَمِينَ.
آمين... يارب العا لمين.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan