" Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami 7 perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera". - Wasiat Raja-raja Melayu

Jumaat, 30 Disember 2016

2016. Selamat tinggal umur. 2017. Diri dibawa ke mana?

Assalamualaikum
2016
Selamat tinggal umur
2017
Mahu di bawa ke mana diri ini ?

BAWALAH DIRIMU DENGAN KALIMAH
لا إله إلا الله

Saidina Abu Hurairah Radhiayallahu 'Anhu berkata, Rasulullah Sollallahu 'Alaihi Wa Sallam pernah bersabda:

"Insan yang paling bahagia dengan syafaatku pada Hari Kiamat kelak ialah sesiapa yang berkata لا إله إلا الله dengan penuh ikhlas daripada hatinya atau dirinya".

Hadith riwayat Imam al-Bukhari rahimahullah.

PELAJARI DAN FAHAMI SYARAT لا إله إلا الله

Asy-Syeikh Hafiz al-Hakami rahimahullah menyebut tujuh syarat لا إله إلا الله :

1) Ilmu
2) Yakin
3) Menerima sepenuhnya
4) Tunduk dan patuh
5) Membenarkannya
6) Ikhlas
7) Cinta dan kasih kepada-Nya

*Tujuh syarat ini perlu dipelajari secara terperinci di dalam Majlis Ilmu untuk memahami dan menghayati serta beramal dengannya.

"Ya Allah, taufiqkanlah kami untuk sentiasa menyebut kalimah لا إله إلا الله ikhlas daripada hati kami dan permudahkanlah kami melafazkannya pada penghujung hayat kami".

Aamiin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan