" Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami 7 perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera". - Wasiat Raja-raja Melayu

Selasa, 30 Ogos 2016

Salam Sehati Sejiwa - doaku

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

ُِSalam pagi Rabu             
25 Zulkaedah 1437H,
31 Ogos 2016.                                    
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن

Ya Allah sempena hari ulangtahun kemerdekaan negara kami pada hari ini,  berilah kami hati yang tenang, fikiran yang bersih serta jernih dan kuatkanlah kami dengan hati yang sabar.

Ya Allah.. anugerahkanlah kami taufiq dah hidayah Mu dan berilah kami kekuatan dan keupayaan untuk memelihara kehendak-kehendak agama, memelihara hak keistimewaan umatnya, menegakkan keadilan dalam undang-undang dan berpegang kepada keindahan Islam.

Ya Allah! Jadikanlah kami agen perubah hal keadaan orang-orang Islam, agar kami meningkat maju dan ke hadapan sehingga kami mencapai kemenangan ke atas kafir laknat.

Ya Allah.. Bantulah kami, bimbinglah serta jadikanlah kami  sebaik-baik manusia.

Ya Allah, Tunjukkanlah kami jalan yang lurus, jalan yang telah Engkau kurniakan kepada umat Islam yang telah menikmatinya, bukan sebagaimana orang yang Engkau murkai dan bukan juga orang yang sesat.

Ya Allah.. Hindarilah kami daripada sebarang kesusahan, sejahterakanlah kami daripada segala yang boleh memudharatkan, peliharalah kami daripada segala keburukan lagi keji dan tunaikanlah segala yang diharap dan dihajati.

Ya Allah.. Harmonikanlah antara kami hingga kami sentiasa dalam keamanan dan keselamatan.

Ya Allah... Bebaskanlah kami dengan segera daripada segala kepayahan dengan rahmatMu wahai Tuhan yang Maha Merahmati serta Maha  Penyayang.

Ya Allah.. Jadikanlah
kami kaum yang menjaga daripada segala bala, yang menghalang daripada sebarang pencerobohan, bantulah kami menewaskan segala musuh dan orang yang dengki.

Ya Allah zahirkanlah kemarahanMu dan kemurkaanMu kepada orang yang melampau dan yang melakukan kerosakkan.

Ya Allah.. Awasilah kami dengan penglihatanMu yang tidak pernah lena dan bentengilah kami dengan perlindungan dan bentengMu yang tidak pernah luput.

َYa Allah kami memohon Ya Allah, kurniakanlah kepada kedua-dua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah. َ

Ya Allah Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua-dua ibubapa kami, pasangan hidup kami, anak2 kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

Ya Allah, bagi mereka yang telah kembali kepadaMu, kurniakanlah kepada mereka nikmat Syurga Mu semasa mereka di Alam Barzah.

Ya Allah, hidupkan kami dalam Islam dan matikanlah kami dalam Iman. Ya Allah perlindungilah kami dari bisikan dan tipu helah syaitan.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.

Segala puji pujian hanya untukMu Ya Allah.                                                     
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.ِ

Tiada ulasan:

Catat Ulasan