( Sessi Bersama Pengetua dengan calon PMR pada 2.8.2011 )
Permulaan puasa ini memang meletihkan terutama bagi anak-anak yang baru belajar berpuasa. Namun anak-anak penulis sejak dari umur 5 tahun lagi sudah mula berpuasa dan tanpa gagal melaksaanakan dengan bersemangat. Apabila berada di sekolah pastinya badan kelihatan letih dan lesu. Begitu juga murid-murid di institusi pendidikan tempat penulis bertugas. Jika sebelum ini pelajar kelihatan lincah dan bertenaga, tapi hari pertama dan kedua puasa wajah mereka kelihatan letih dan lesu. Hal ini jika dibiarkan boleh mengganggu Pembelajaran dan Pengajaran, apatah lagi peperiksaan percubaan PMR dan ujian selaras 2 akan diadakan pada 3 Ogos 2011 iaitu hari ke-3 puasa.
Sebahagian daripada murid tingkatan 3 sedang mendengar
motivasi yang disampaikan oleh Pengetua dan taklimat peperiksaan.
Antara intipati ucapan Pengetua ialah :-
- Semua pelajar perlu memikirkan cemerlang.
- Persiapan dan usaha mesti berada di tahap A
- Para pelajar mesti mempunyai kekuatan mental dan fizikal.
Contohnya puasa bukan alasan untuk kelihatan letih.
- Tidak ada orang lain yang boleh bantu kecuali diri sendiri.
- Kejayaan ada bersama-sama orang yang berusaha.
Selamat menduduki peperiksaan.
Sebagai tambahan daripada penulis
Doa menduduki ujianYa Allah, bukalah kebijaksanaan-Mu kepadaku,
limpahlah rahmat-Mu kepadaku, dan
ingatkanlah aku apa yang aku lupa,
wahai Zat yang memiliki keagungan dan kemurahan.
Petua Untuk Menghadapi Ujian
- Jangan tinggal solat dan berdoalah dengan seikhlas hati kepada Allah SWT.
- Tidur yang cukup.
- Bersarapan atau makan secukupnya.
- Melangkah dengan yakin dan tiba awal ke sekolah.
- Bersihkan hati dari sifat-sifat buruk.
- Minta restu dan doa daripada ibu bapa.
- Mulakan dengan Bismillah dan bertawakallah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan