" Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami 7 perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera". - Wasiat Raja-raja Melayu

Jumaat, 29 Januari 2016

Bahasa dan Citra Diri

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Alhamdulillah
Selawat dan salam disampaikan kepada junjungan Nabi Muhammad S.A.W., keluarga serta para sahabat baginda.

      Bahasa melambangkan citra diri. Apabila seorang berbahasa, kita boleh buat tanggapan citra diri orang tersebut. Saya berasa bangga, jika murid-murid saya cemerlang dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Walau bagaimanapun mutakhir ini, cemerlang Bahasa Melayu belum mencukupi dalam kehidupan realiti.

      Bahasa Melayu dikatakan belum mempunyai nilai pasaran dan antara sebab pengangguran. Bahasa Melayu hanya untuk perpaduan. Sebagai guru Bahasa Melayu, saya menarik nafas panjang dan bermonolog seorang. Inikan bahasa kita.

      Dikatakan, dalam kehidupan realiti, penguasaan Bahasa Inggeris memberi nilai pasaran dan peluang untuk lebih maju ke hadapan. Jadi kita ikutkan saja. Ini juga bahasa kita.

      Pendek kata,
      Bahasa Melayu, bahasa untuk perpaduan
      Bahasa inggeris, bahasa untuk mendapat peluang

      Inilah bahasa kehidupan realiti kini. Inilah bahasa yang memberi kebaikan tetapi ia kebaikan pada masa ini dan bukan kebaikan selepas ini. Jadi apakah bahasa yang memberi kebaikan untuk kehidupan selepas ini?

      Jawapannya, tidak lain dan tidak bukan, bahasa kitab ( Bahasa Arab ). Bahasa ini apabila dibacakan, akan memberi kebaikan hingga ke Akhirat.

      Rasulullah s.a.w. Bersabda yang bermaksud
      ' Barang siapa yang mambaca satu huruf dari kitab Allah s.w.t., maka dia mendapat satu kebaikan dengan huruf itu, dan satu kebaikan itu akan dilipatgandakan menjadi  sepuluh. Aku tidaklah mengatakan alif laam miim itu satu huruf, tetapi alif sayu huruf, lam satu huruf, dan mim satu huruf.'  ( HR : Tirmizi )

      Membaca al-Quran ( bukan hanya melafazkan bahasa Arab ) boleh menjadi penerang dan meningkatkan citra diri di hadapan Allah s.w.t di Akhirat kelak.

      Tepuk dada tanya selera bahasa.
      Dunia adalah jambatan ke Akhirat.
      Bahasa kehidupan realiti berakhir di dunia.
      Bahasa Kitab ( al-Quran ) mengikut ke Akhirat.

      Sebenarnya, inilah bahasa kita.
      Jom, kita perbanyakkan membaca bahasa Kitab ( al-Quran )

Sekian, Wabillahi al-Tawfiq wa al-Hidayah,
Wassalamu'alaikum.

     
     

Tiada ulasan:

Catat Ulasan