" Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami 7 perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera". - Wasiat Raja-raja Melayu

Sabtu, 22 Mac 2014

Kisah dan teladan - ( Mencari 50 sen )

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

      Dalam dunia pendidikan, aspek sahsiah amat ditekankan terutamanya disiplin. Istilah ganjaran dan hukuman memang tidak asing lagi dalam kalangan guru. Selalunya bila pelajar buat salah, hukuman demerit akan dikenakan. Bila pelajar buat suatu yang baik,  suatu ganjaran pula  akan diterima pelajar. Ganjaran yang paling asas biasanya ' terima kasih '

      Pernah suatu hari, penulis memberi ganjaran 50 sen kepada pelajar yang membuat grafik yang menarik tentang ' katakan tidak kepada rokok '. Walaupun berapalah sangat 50 sen, tetapi ganjaran tersebut amat dihargai oleh pelajar berkenaan. Mungkin tidak pernah dapat ganjaran daripada cikgu dan selalunya dendaan yang diterima atau ada kisah di sebalik duit 50 sen.

      Penulis  ingin berkongsi sebuah kisah 50 sen yang menyentuh hati...

Cikgu : "Kenapa Alif tidak rehat ?"
Alif     : "Mak saya beri 50 sen sehari, cikgu... Di kantin 50 sen ini cuma dapat beli nugget sekeping aje.
            Malu saya cikgu, bila beratur panjang-panjang dapat beli nugget sekeping aje. Jadi, saya kumpul duit             hari ini untuk makan hari esok. Jadi, saya dapat makan nugget dengan air sirap 50 sen. Saya pergi
            ke kantin hari Selasa dan KHamis aje cikgu ( Alif tunduk malu )"

      Perasaan saya mula bercampur baur, sedih dan sebak. Di tahun 2014 ini masih ada pelajar yang membawa 50 sen ke sekolah. Ramai antara kita memandang 50 sen itu jumlah yang kecil, sedangkan bagi pelajar ini 50 sen sangat besar ertinya....

Cikgu : "Kalau hari Jumaat awak tidak pergilah le kantin?"
Alif     : "Oh .....Hari Jumaat duit 50 sen ini saya sedekahkan masa bacaan yasiin, cikgu." jawab Alif dengan
           bersahaja. " Emak saya kata, kalau kita sedekah, rezeki kita akan bertambah.."

      Mata saya mula berkaca. Saya terkejut dan bertambah sebak. Dah lah ada 50 sen, siap boleh sedekah pula lagi.
     Ya Allah, limpahkan lah rezeki kepada keluarga pelajarku ini. Luaskanlah rezeki mereka semoga mereka tidak lagi berada dalam kemiskinan.
     Huh, macam terpukul saya. Bayangkan duit 50 sen untuk makan, dia sedekahkan 50 sen untuk tabung sekolah setiap jumaat semasa bacaan yasiin....

Wangsa Perkasa : Kisah ini  macam mudah tapi ia memberi 1001 pengajaran agar kita lebihkan bersedekah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan