" Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami 7 perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera". - Wasiat Raja-raja Melayu

Sabtu, 22 Februari 2014

Suatu Hari Nanti ...

      Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.
     
      Hari  ini bila kita nak mandi, kita boleh mandi sendiri di mana sahaja kita suka. Selepas itu, kita ke almari dan pilih baju apa yang kita hendak pakai dan apa warna yang kita suka. Kita boleh pilih wangian yang kita mahu. Apabila sampai waktu sembahyang, kita ke surau atau ke masjid sama ada berjalan kaki mahupun berkenderaan.

      Selepas sembahyang, kita boleh pergi ke mana sahaja kita hendak pergi, ke kedai kopi, shopping ataupun terus pulang ke rumah....
     
      Tetapi... Suatu hari nanti....Kita tidak mampu hendak mandi dan kita akan dimandikan. Kita tidak boleh lagi pakai pakaian yang kita suka, KECUALI kain kapan yang berwarna putih..

Tiada wangi-wangian KECUALI kapur barus...

Dan di waktu itu bukan kita sendiri hendak ke surau atau pun masjid TETAPI kita di usung...

Selepas disembahyangkan, kita sudah tidak boleh pergi ke mana-mana KECUALI kita akan diusung ke rumah yang kekal abadi untuk kita semua iaitu TANAH PERKUBURAN....

Pada waktu itu barulah kita tahu dan sedar bahawa apa yang ada selama ini adalah bersifat sementara dan kita baru sedar yang kita selama ini terpedaya dengan keindahan DUNIA.

"Demi MASA! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali
1. orang-orang yang beriman,
2. dan yang beramal soleh
3. dan yang berpesan-pesan pada kebenaran
4. dan yang berpesan-pesan pada kesabaran".
  Surah Al-'Asr.

Wangsa Perkasa: Nak kongsi perkara ' baik '


Tiada ulasan:

Catat Ulasan