" Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami 7 perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera". - Wasiat Raja-raja Melayu

Selasa, 5 Mac 2013

Pilihan - Sabah ; penempatan

      Pilihan pertama Sabah. Pilihan ke-2 juga Sabah. Itulah pilihan penulis semasa mengisi borang penempatan setelah tamat program Diploma Pendidikan. Kenapa Sabah? Ada orang kata cepat proses penempatan dan pasti dapat. Apabila surat sampai ke rumah, penulis tidak terkejut cuma persolannya di mana? Menjadi seorang pendidik bukanlah pilihan pertama kebanyakan guru. Mungkin kerana zaman meleset lewat 1980an menyebabkan kerjaya perguruan menjadi pilihan. Tapi tak apa bak kata orang tak kenal maka tak cinta. Bagi penulis, menjadi seorang guru antara cita-cita penulis yang tercatat dalam kad 001 sejak bersekolah lagi.

      Sabah menarik juga untuk diterokai. Sabah kaya dengan adat dan budaya. Gunung Kinabalu memang antara impian penulis untuk sampai ke kemuncaknya. Sabah negeri di bawah bayu. Lagu tentang Sabah sering didengari di TV. Penduduk yang mengandungi lebih 35 etnik hidup dalam harmoni. Lagu jambatan tamparuli menjadi siulan penduduknya. Memang berbalai ditempatkan di sini. Tentu banyak cerita yang jadi kenangan manis atau pahit.

     ' Hati-hati apabila di sana. Pandai-pandailah bawa diri. Ilmu perlu penuh dalam dada. Jangan kacau anak dara orang'. Itulah antara pesanan yang disampaikan oleh ibu dan adik beradik penulis. Ada juga cerita-cerita yang kurang enak didengar. Semua kata-kata tersebut,  penulis jadilah panduan. Ilmu apa yang ada dalam dada penulis? Ilmu geografi adalah. Asap rokok juga bersarang dalam dada. Apabila telah dipanggil bertugas maka panggilan tersebut penulis sambut demi agama bangsa dan negara. Lagipun bukannya pergi berjuang di medan perang, cuma berjuang di medan pendidikan.

      Menaiki kapal terbang merupakan pengalaman pertama penulis. Hati sedikit gembira apabila ramai kawan-kawan menaiki kapal terbang yang sama. Kami dikumpulkan di SBP Sabah di Kota Kinabalu. Selepas taklimat, penulis dikehendaki menaiki sebuah kapal terbang lagi. Fokker 50 meluncur meninggalkan Kota Kinabalu. Penulis mula pening kepala apabila melintasi 'air pocket' sebab kapal terbang akan menjunam tiba-tiba. Rasa nak melayang nyawa dibuatnya. Hampir 40 minit kemudian kapal terbang mendarat di lapangan terbang yang agak kecil, dan bandarnya agak kecil yang dikenali Lahad Datu. Menung panjang juga dibuatnya

     Catatan terhenti apabila berita di Buletin Utaama TV3 menunjukkan kapal terbang pejuang negara menggempur sebuah kawasan di Lahad Datu. Ada pihak menuntut penempatan.

Wangsa Perkasa; Sabah menjadi pilihan. Bukan hanya pihak dalam negara malah pihak luar. Tentu ada yang menarik tentang Sabah. Jika tidak dijaga keharmoniannya, Sabah boleh menjadi zon konflik. Selamat berjuang wira-wira wangsa perkasa.

1 ulasan:

  1. Berbeza sangat dengan SAG, dulu , tamat saja ijazah pertama SAG ditawarkan jawatan Penolong Setiausaha di Kement. Tanah Dan Wilayah kat KL , masa tu menterinya Dato' Seri Utama Rais Yatim..dalam masa yg sama SAG dah ada bf (sekarang suami SAG)..katanya jawatan tu tak de kat Perak sbb under Kement. Kita bincang dan ambil keputusan SAG sambung belajar lagi..buat Diploma Pendidikan...emak orang yang paling marah...katanya dah ada gaji nak belajar lagi..betul kata emak...SAG buat Dip. Pend. dengan biaya sendiri tak de tajaan mana-mana pihak. Habis setahun belajar borang untuk penempatan perlu diisi.Memang masa tu ramai guru akan dihantar ke Sabah dan Sarawak..kacau sangat..dengar Sabah/Sarawak je dah takut..agaknya macam-macam cerita didengar...terutamanya dari segi geografinya...tak membangunnya....emak sekali lagi tak setuju...agaknya takut anak perempuannya kawin org Sabah. Keputusan segera diambil...akhirnya SAG dinikahkan sbb perlu ada sijil nikah untuk disertakan dalam borang penempatan guru baru..Terselamat dari mengajar di Sabah/Sarawak. Kesian sangat dengar cerita kawan-kawan yg terpaksa ke sana...tapi tak pe..sebenarnya kita berbakti untuk bangsa, agama dan negara.
    Berbalik kepada SAG....berjaya tidak ditempatkan di SAbah/Sarawak..tapi sebenarnya sampai sekarang kaki ni belum lagi menjejak bumi di bawah bayu. Bumi Kenyalang adalah dah dua kali.
    Bersyukur juga sbb SAG mengajar Geografi, rasanya semua pelosok bumi Sabah telah diteroka secara teorinya..melalui buku dan atlas. Tau lah di mana lokasi Kota Kinabalu, Sandakan, Mamut, Semporna, Tawau dan juga Lahad Datu, cuma nama Kg. Tanduo , Kg Tanjung Batu tak pernah ada dalam peta Geografi Ting 1 hingga Ting. 5.
    Bila berita pencerobohan pengganas Sultan Sulu ke Lahad Datu tersebar, SAG dapat bayangkan kedudukannya mmg sangat hampir dengan kepulauan Sulu di selatan Filipina.
    Apa pun dengan usaha bersungguh kerajaan Malaysia dengan Ops TAyang dan Ops Daulat, SAG doakan segala episod duka ni akan cepat berakhir...Sabah milik Malaysia, Sabah tak kan hilang...
    Ini komen ke...bercerita..lagu kegemaran SAG masa kini ialah Lagu Malaysia Berjaya dan lagu Pahlawanku....

    BalasPadam