" Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami 7 perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera". - Wasiat Raja-raja Melayu

Sabtu, 12 Oktober 2013

Kek Coklat - sumber inspirasi

Kek coklat, ramai yang suka
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

      Susah juga untuk menjadi penulis. Kekadang fikiran menjadi buntu untuk menulis. Tak tahu apa yang hendak ditulis. Penulis tabik spring kepada penulis-penulis yang sentiasa mempunyai bahan untuk menulis. Terfikir juga mungkin sebab sibuk membantu dalam pengendalian peperiksaan PMR, fikiran menjadi buntu. Apapun, Alhamdulillah peperiksaan PMR terakhir ini berjalan dengan lancar. Walaupun terpaksa ke sana dan ke mari terutama ke hospital awam mahupun swasta tetapi hati puas apabila calon mampu mengambil peperiksaan. Tahniah untuk diri sendiri.

     Apa yang hendak ditulis. Kalau sudah jadi begitu, eloklah keluar berjalan-jalan melihat ragam manusia. Manalah tahu idea untuk menulis terlintas di fikiran.Untung juga anak perempuan mahu membeli buku cerita baru. Macam biasa  destinasi kedai buku Popular di Parkson menjadi pilihan. Kalau mengikut kajian 70 peratus rakyat Malaysia menghabiskan masa terluang di pusat membeli belah. Mana tidaknya, bermacam ragam manusia boleh kita lihat.

      Akhirnya, si anak perempuan memilih novel karya Hayati Hanif bertajuk Cef Pastri Senior manakala si anak lelaki memilih novel karya Nazry Salam bertajuk Misi Cikgu Baru. Novel Cef Pastri Senior menceritakan tentang pertandingan membuat kek coklat. Novel Misi Cikgu Baru berkisar semangat atau kesungguhan guru baru mengajar dan berharap kejayaan anak muridnya. Yang menariknya, antara ungkapan yang menarik perhatian penulis adalah ' mengajar umpama membuat kek coklat. Tersilap cara, pahit jadinya.' Ungkapan ini ada benarnya sebab penulis antara pendidik yang selalu makan kek coklat.

Wangsa Perkasa: Bila selalu berjalan dan selalu melihat ragam manusia, kisah dan teladan boleh dijadikan panduan.

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum...lama tak jalan-jalan ke laman Wangsa Perkasa...selalu isi laman sendiri je...dengan harapan ada kawan-kawan yg datang menjengok...tapi bg SZ kalau kita tak rajin singgah ke rumah org agaknya orang pun tak rajin singgah rumah kita.....masing-masing dengan tuntutan masa...tu yang sibuk sikit..tapi bagi SZ..kerja pejabat...masak dan mencatat serba sikit dlm blog tak de masalah...boleh diurus lagi.
    Petang ni...saja singgah ke laman WP...terkejut juga tengok ada kek coklat....hai biar betul...rupanya nak bagi tau' jangan silap buat kek coklat nanti pahit jadinya'...dalam maksudnya...sebenarnya apa pun kita buat kena ikut sukatan...dan aturcara yg betul di samping pemilihan bahan yg berkualiti...SZ boleh buat perbandingan kita di sekolah kita buat kerja ikut pekeliling...surat siaran dan arahan-arahan dr KPM dan JPN tujuannya untuk kebaikan dan capai matlamat yg terbaik...macam buat kek coklat tadi..nak kek yang sedap super moist macam kek kat secret resepi tapi guna bahan murah..tak berkualiti...mesti tak sedap...macam tu juga di sekolah..pekeliling ikut...semua guru kerja kuat tapi asetnya ..budaknya entah apa-apa..kualiti susah nak capai....tapi banyak lagi faktor lain nak jadikan kek kita sedap dan tak pahit....'kawalan api oven' kena pandai jaga juga......En. WP boleh ulas ni dengan lebih baik lagi ...wallahualam.

    BalasPadam