Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
"Sekolah akan mula bercuti panjang pada 9 Februari hingga 17 Februari 2013."
Kedengaran tepukan gemuruh daripada pelajar bergembira dengan pengumuman tersebut. Perkara berkaitan kebersihan kelas, disiplin, sahsiah dan keselamatan yang turut disentuh oleh pentadbir sekolah seolah-olah masuk telinga kiri, keluar telinga kanan.
Begitulah penangan cuti panjang. Kita teruja mendengarnya. Malaysia memang unik. Uniknya kerana banyak sambutan perayaan disambut sepanjang tahun. Tiada negara di dunia seperti Malaysia.Saya cinta akan Malaysia. Anda bagaimana? Cuti panjang juga selalunya dikaitkan dengan perayaan. Maknanya, setiap kaum di Malaysia menyambut hari kebesaran mereka setiap tahun.Kali ini perayaan Tahun Baru Cina menyusul tiba. Sebelum ini, sejak 2012 rakyat Malaysia telah menyambut Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji. Diikuti dengan sambutan Deepavali dan Krismas. Di antara sambutan perayaan yang besar ini, ada beberapa sambutan perayaan yang sederhana dan kecil. Begitulah uniknya Malaysia.
Selepas Perayaan Tahun Baru Cina, ada satu lagi raya iaitu Pilihan Raya. Raya ini memang amat dinanti-nantikan oleh banyak pihak. Tidak seperti Raya-raya yang lain, Raya ini belum ada tarikhnya. Malah banayak spekulasi tentangnya.Akibat Raya yang inilah, perayaan-perayaan di atas tadi amat elok disambut secara besar-besaran. Hal ini yang telah dilakukan oleh kerajaan. Mengapa penulis berkata demikian?
Malaysia terdiri daripada pelbagai agama, kaum, budaya dan cara hidup. Sejak selepas merdeka, berkat kebijaksanaan pemimpin terdahulu, kita telah bersatu dalam kepelbagaian. Namun sejak kebelakangan ini, malah pasca PRU 12, bibit-bibit perpecahan dan kecelaruan antara kaum menjadi bertambah serius. Ramai yang berani bermain dengan api terutama api perkauman dan api keagamaan. Jadi, pemerintah boleh memadamkan api ini dengan air yang terkandung dalam Hari Kebesaran (Perayaan). Maknanya sambutan Hari-hari Perayaan ini dapat mengukuhkan perpaduan kaum.
Kita dapat mengenali cara hidup setiap kaum. Dalam aspek pakaian dan makanan, kita telah mula berkongsi budaya tersebut. Hubungan kejiranan semakin erat. Kita mula saling berkunjung atau sekurang-kurangnya memberi sedikit juadah bagi meraikan hari istimewa tersebut. Amalan rumah terbuka telah menjadi budaya masyarakat majmuk di Malaysia. Masyaraakat dapat menghormati agama dan budaya pelbagai kaum. Hasilnya, perbezaan kaum, agama dan kepercayaan dapat diketepikan. Kita bersatu semula dalam kepelbagaian. Lawan api dengan air. Hari-hari Perayaan inilah antara air itu.
Gambar hiasan. Jika hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya
Wangsa Perkasa memetik mutiara kata berikut; Apabila sesuatu bangsa itu menghina dirinya, ketika itulah bangsa lain turut menghinanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan