" Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami 7 perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera". - Wasiat Raja-raja Melayu

Sabtu, 4 Mei 2013

Pilihan raya 13. Pesan Ibu

    Assalamualaikum.  Selamat sejahtera atas kamu.

      Esok, Wangsa Perkasa akan turun ke peti undi. Pilihan sudah ada. Walau bagaimanapun dalam membuat keputusan, Wangsa Perkasa turut juga mendapat sudut pandangan seorang ibu. Kata orang, kata ibu menyimpan 1001 pandangan. Apatah lagi ibu yang mengalami sendiri peristiwa sebelum dan selepas kemerdekaan.

      Ibu kata, tak cukup ke dengan kemerdekaan yang dikecapi. Kita memerintah sendiri. Ibu juga kata, masa susah dulu Wangsa Perkasa dibantu mendapatkan pengetahuan dan biasiswa. Jika tidak keraana DEB usah mimpi Wangsa Perkasa berada seperti di kedudukan sekarang. Tambah ibu lagi, nikmat aman  dan sentosa selalu mudahkan kita beribadat pada Yang Maha Esa. Tanya ibu lagi apakah yang Wangsa Perkasa mahi lagi. Pesan ibu, jadilah anak yang kenang budi.

      Benar kata ibu, aku perlu mengenang budi.
Jika tiada dasar DEB, tiadalah aku seperti sekarang.
Jika tiada kesinambungan, tiadalah bumi untuk dipijak, tiadalah langit untuk dijunjung.
Jika tiada nikmat yang diberi, tiadalah aman dan sentosa sebegini.
Benar kata ibu, aku perlu mengundi pada parti yang berbudi.


1 ulasan:

  1. Waalaikumsalam....tahniah dan syabas diucapkan kepada ibu WP dan ibu-ibu yang lain juga , yg berjaya mendidik anak-anak bagi mangenali asal-usul kita, yang tidak lupa akan sejarah kesusahan kita, berjaya melahirkan anak-anak yang mengenang budi dan berterima kasih ..
    Cuma kerisauan melanda...bila memikirkan mampukah ibu-ibu muda hari ini..berperanan seperti mana ibu WP dan ibu-ibu yang berjaya ini. Esok, Ahad, minggu kedua Mei..Hari Ibu bg Malaysia...serangkap pantun untuk semua yg bergelar emak, ibu, ummi, mummy...
    Cincin di jari cincin suasa,
    Cantik lagi emas permata,
    Kasihnya ibu membawa ke syuga,
    Dikenang hingga ke hujung nyawa.

    BalasPadam