" Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami 7 perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera". - Wasiat Raja-raja Melayu

Ahad, 5 Jun 2016

Marhaban Ya Ramadhan


بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنٱلرَّحِـــــــيمِ...
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته...
اللهم صل و سلم على سيدنا محمد و على آله و صحبه اجمعين...
Semoga kita semua diberi nikmat kesihatan dan dapat meneruskan/tingkatkan amalan seperti di bulan ramadan yang lepas dan semoga  Allah swt teruskan hati2 kita dalam takwa dan istiqomah agar tetap pada jalan yang benar hingga ke akhir hayat dan sentiasa mendapat rahmat Allah
Aamiiin.....

Puasa dan Anugerah

عَنْ أَبِي صَالِحٍ الزَّيَّاتِ أَنَّهُ سَمِعَ أَبَا هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يَقُولُا قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ لَهُ إِلَّا الصِّيَامَ فَإِنَّهُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ وَالصِّيَامُ جُنَّةٌ فَإِذَا كَانَ يَوْمُ صَوْمِ أَحَدِكُمْ فَلَا يَرْفُثْ يَوْمَئِذٍ وَلَا يَسْخَبْ فَإِنْ سَابَّهُ أَحَدٌ أَوْ قَاتَلَهُ فَلْيَقُلْ إِنِّي امْرُؤٌ صَائِمٌ وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَخُلُوفُ فَمِ الصَّائِمِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ وَلِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ يَفْرَحُهُمَا إِذَا أَفْطَرَ فَرِحَ بِفِطْرِهِ وَإِذَا لَقِيَ رَبَّهُ فَرِحَ بِصَوْمِهِ

Dari Abu Shalih Az Zayyat bahwa ia mendengar Abu Hurairah radliallahu 'anhu berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Allah 'azza wajalla telah berfirman; 'Setiap amal anak Adam adalah untuknya kecuali puasa. Puasa itu adalah bagi-Ku, dan Akulah yang akan memberinya pahala. Puasa itu adalah perisai. Apabila kamu berpuasa, maka janganlah kamu rosakkan puasamu dengan rafats, dan jangan pula menghina orang. Apabila kamu dihina orang atau pun diserang, maka katakanlah, 'Sesungguhnya saya sedang berpuasa.' Demi Allah, yang jiwa Muhammad ada di tangan-Nya. Sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari kiamat kelak daripada wanginya kesturi. Dan bagi mereka yang berpuasa ada dua kebahagiaan. Ia merasa gembira ketika berbuka lantaran puasanya, dan gembira ketika berjumpa dengan Rabbnya juga karena puasanya." (HR Muslim No:  1944)

Pengajaran:

1.  Setiap amalan yang dilakukan oleh anak Adam adalah untuknya kecuali puasa. Puasa itu adalah untuk Allah dan hanya Allah yang akan memberi ganjaran pahalanya.

2. Puasa itu adalah perisai atau pendinding seseorang dari melakukan perkara yang dilarang serta meninggalkan sesuatu yang diperintah.

3. Bagi orang yang berpuasa, mereka perlu menjaga puasanya dari dirosakkan dengan sebab perbuatan dan perkataan yang buruk serta hina.

4. Orang yang berpuasa, jika dihina, dimarah ataupun diserang, maka katakanlah: Sesungguhnya saya sedang berpuasa.

5. Bagi orang yang berpuasa, mulutnya mungkin akan berbau yang kurang enak, namun bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari kiamat kelak daripada wanginya kasturi.

6. Untuk orang yang berpuasa, mereka akan dikurniakan dengan dua kebahagiaan:
a. Gembira ketika berbuka puasa
b. Gembira ketika berjumpa dengan Allah juga kerana puasanya.

Ayuh kita bersedia bersungguh-sungguh menyambut kedatangan Ramadan pada tahun ini. Semoga amal solleh kita bertambah.

Jom Berusaha Amalan Terbaik. Andaikan  Ramadan Terakhir Buat Kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan