" Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami 7 perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera". - Wasiat Raja-raja Melayu

Isnin, 4 Mei 2015

Refleksi hubungan

Assalamualaikum. Masa berlalu begitu pantas hingga tak terkejar oleh kita. Banyak perkara yang terlepas pandang dan ada hal yang tidak sempat kita buat. Dsn kerana masa, kita dalam kerugian.

      Kita bekerja, bekerja dan terus bekerja untuk menampung hidup. Sebagai pekerja, kita diperuntukkan Hari Pekerja - cuti. 

     Sempena  cuti hari pekerja yang lalu dan beberapa hari cuti lain, membolehkan kita meluangkan masa seketika untuk merenung dan berfikir tentang hubungan kita,

      Tentang hubungan kita dengan manusia,

      Tentang hubungan kita dengan alam

      Tentang hubungan kita dengan pencipta yakni Allah.

      Secara jujur, sebagai pekerja secara sedar atau tidak, kita seolah-seolah kelihatan menjadi hamba wang / harta sehinggakan masa banyak dihabiskan berfikir / mencari / mengumpul harta / wang. Akhirnya kita bersara. 

      Jom kita bermunasabah diri


Rabu, 5 November 2014

Realiti hijrah itu sukar. Salam Maal Hijrah 1436 ( 25 oktober 2014)


Assalamualaikum, salam Maàl Hijrah 1436 - ( 25 oktober 2014 )
Alhamdulillàh, kita melangkah ke tahun baru hijrah 1436. Tentunya bànyak ujian yang akan dihadapi.
Insya-Allah, dengan hidayah dan petunjuk daripada Allah, Insya-Allah, kita boleh hadapinya atau menemui jalan penyelesaiannya.
Hijrah itu satu làngkah permulaan/ pertama ke arah suatu yang lebih baik. Bak kata orang bijak pandai 1000 langkah bermula dengan langkah pertama.
Realiti hijrah itu sukar. Kenapa sukar? Kita sebenarnya berada di zon selesa. Kekayaan ada. Kejayaanpun ada. " Aku ok apa!
Betul, kalau dilihat dalam aspek hubungan kita dengan alam dan hubungan kita dengan manusia.
Tetapi, bagaimana pula hubungan kita dengan Yang Maha Esa?
Beralih tahun hijrah bermakna usia  kita pendek dan kita tiada punya masa lagi.
Mungkin hari ini
Mungkin esok
Mungkin lusa
Kita tiada lagi
Sebab mati itu ' anytime '


Isnin, 15 September 2014

Masa Berlalu. Kita dalam kerugian



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

      Bulan berlalu, musim berlalu, hari berlalu, malah masa begitu pantas berlalu. Sebenarnya, kita dalam kerugian.
      Bulan Ramadhan telah berlalu. Ramai yang merindui bulan ini. Malah ramai juga yang biarkan saja ia berlalu. Cuba kita refleksi ibadah kita ramaadhan tahun ini berbanding Ramadhan yang lalu? Ramai yang dalam kerugian. Kita kurang bersungguh mencari ' malam seribu bulan '.
      Bulan Syawal dirai. Ada yang merainya hingga melepasi syawal. Sana sini rumah terbuka hingga ada yang terlepas berpuasa enam. Kita sekali lagi dalam kerugian. Syawal pun berlalu....
      Bulan kemerdekaan disambut dalam keadaan berkabung. Tragedi MH 370 dan MH 17 begitu menyayat hati rakyat. Al-Fatihah ...buat mangsa beragama Islam. Kita dalam kerugian. Esok kita menyambut ' Hari Malaysia '. Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta. Ada percubaan-percubaan untuk menggangu-gugat sebuah cinta ini. Andai berjaya, kita akan berada dalam kerugian.
      Bulan peperiksaan begitu mendebarkan. UPSR, PT3, SPM dan STPM meresahkan calon, guru, malah ibu bapa. Jika ada yang mempertikaikan integriti para guru, mungkin ada benarnya. UPSR menyebabkan kita dalam kerugian.
      Bulan Haji kembali tiba. Kita doakan mereka mendapat Haji mabrur. Janganlah hendaknya mereka berada dalam kerugian. Bukan senang hendak ke sana. Berpuluh-puluh tahun harus sabar menunggu.

      Begitulah masa, begitu pantas berlalu. Apapun usah lupa, dengan berlalu masa maka, usia kita semakin pendek.

Wangsa Perkasa :  Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
                                                                                      Surah al-'Asr (Masa)

Jumaat, 27 Jun 2014

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan


Ahlan wa sahlan ya Ramadhan !
      Ramadhan al Mubarak menjelma kembali dalam rangka ziarah rutin tahunannya...
Sudah berapa kali kita menyambut Ramadhan? Beranikah kita memberi jaminan kita mempunyai satu lagi peluang menemui ramadhan tahun hadapan?

      Oleh itu, jom berazam untuk jadikan Ramadhan tahun ini dapat ditempuh sehabis baik oleh kita semua di dalam keadaan yang ada peningkatan ke arah kesempurnaan.

      Ibadah puasa Ramadhan telah disyariatkan oleh Allah SWT pada bulan Syaaban tahun kedua Hijrah dengan terwahyunya firman Allah di dalam surah al-Baqarah ayat ke-183 dan 184: " Wahai orang-orang yang beriman, puasa itu telah diwajibkan ke atas kamu sebagaimana ia telah diwajibkan kepada umat-umat sebelum kamu..."

Selamat menghidupkan Bulan Ramadhan dengan penuh kesempurnaan iman dan muhasabah! Ambil peluang Madrasah Ramadhan sebagai medan memperbaiki diri menjadi hamba Allah yang lebih baik selepas ini..


Salam Ramadhan Mubarak.


Wangsa Perkasa: Semoga Ramadhan kali ini kita tidak rugi lagi, lebih bermakna dan mendapat keberkatan


Sabtu, 29 Mac 2014

Kisah dan Teladan ( MH370 dan IM529 )

Assamualaikum dan Salam Sejahtera
Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW

MH370 (kod penerbangan MAS KLIA - Beijing)
IM529 (Ikhwanul Muslimin - 529 pejuang dibunuh syahid oleh Jeneral Assisi)

MH370 berakhir di Lautan Hindi.
IM529 berakhir di tali gantung di Mesir.

MH370 mengorbankan 227 penumpang dan 12 anak kapal.
IM529 mengorbankan 529 syuhada'.

MH370 mendapat perhatian dunia.
IM529 tidak mendapat perhatian dunia.

MH370 tidak diketahui motif ke Lautan Hindi.
IM529 bermotif dendam dan kezaliman kepada para pejuang Islam.

MH370 diketuai oleh pilot yang hebat bernama Kapten Zaharie.
IM529 diketuai oleh Mujahid Ulung merangkap Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin bernama Dr Badi'.

Salam takziah buat seluruh ahli keluarga hamba-haamba Allah yang hebat warga MH370 dan syuhada' IM529.

Al- Fatihah ....
 — feeling sad.



Wangsa Perkasa : Kematian adalah suatu yang pasti buat setiap kita. Barzakh/kubur cuma 2 keadaan, samada taman daripada taman syurga atau lubang daripada lubang neraka. Taat perintah Allah adalah kemestian, bukan pilihan. Macam mana saat kematian kita nanti ????

Sabtu, 22 Mac 2014

Kisah dan teladan - ( Mencari 50 sen )

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

      Dalam dunia pendidikan, aspek sahsiah amat ditekankan terutamanya disiplin. Istilah ganjaran dan hukuman memang tidak asing lagi dalam kalangan guru. Selalunya bila pelajar buat salah, hukuman demerit akan dikenakan. Bila pelajar buat suatu yang baik,  suatu ganjaran pula  akan diterima pelajar. Ganjaran yang paling asas biasanya ' terima kasih '

      Pernah suatu hari, penulis memberi ganjaran 50 sen kepada pelajar yang membuat grafik yang menarik tentang ' katakan tidak kepada rokok '. Walaupun berapalah sangat 50 sen, tetapi ganjaran tersebut amat dihargai oleh pelajar berkenaan. Mungkin tidak pernah dapat ganjaran daripada cikgu dan selalunya dendaan yang diterima atau ada kisah di sebalik duit 50 sen.

      Penulis  ingin berkongsi sebuah kisah 50 sen yang menyentuh hati...

Cikgu : "Kenapa Alif tidak rehat ?"
Alif     : "Mak saya beri 50 sen sehari, cikgu... Di kantin 50 sen ini cuma dapat beli nugget sekeping aje.
            Malu saya cikgu, bila beratur panjang-panjang dapat beli nugget sekeping aje. Jadi, saya kumpul duit             hari ini untuk makan hari esok. Jadi, saya dapat makan nugget dengan air sirap 50 sen. Saya pergi
            ke kantin hari Selasa dan KHamis aje cikgu ( Alif tunduk malu )"

      Perasaan saya mula bercampur baur, sedih dan sebak. Di tahun 2014 ini masih ada pelajar yang membawa 50 sen ke sekolah. Ramai antara kita memandang 50 sen itu jumlah yang kecil, sedangkan bagi pelajar ini 50 sen sangat besar ertinya....

Cikgu : "Kalau hari Jumaat awak tidak pergilah le kantin?"
Alif     : "Oh .....Hari Jumaat duit 50 sen ini saya sedekahkan masa bacaan yasiin, cikgu." jawab Alif dengan
           bersahaja. " Emak saya kata, kalau kita sedekah, rezeki kita akan bertambah.."

      Mata saya mula berkaca. Saya terkejut dan bertambah sebak. Dah lah ada 50 sen, siap boleh sedekah pula lagi.
     Ya Allah, limpahkan lah rezeki kepada keluarga pelajarku ini. Luaskanlah rezeki mereka semoga mereka tidak lagi berada dalam kemiskinan.
     Huh, macam terpukul saya. Bayangkan duit 50 sen untuk makan, dia sedekahkan 50 sen untuk tabung sekolah setiap jumaat semasa bacaan yasiin....

Wangsa Perkasa : Kisah ini  macam mudah tapi ia memberi 1001 pengajaran agar kita lebihkan bersedekah.

Jumaat, 14 Mac 2014

Kisah dan Teladan ( Mencari Ilmu Ikhlas )

      Assalamualaikum dan salam sejahtera.

" Mari aku ajarkan kamu ilmu ikhlas " kata guru kepada muridnya.
" Nanti saya ambilkan buku dan pen untuk menulis."
" Tak perlu, bawa sahaja karung guni."
" Karung guni?' soal anak murid seperti tidak percaya.
" Mari kita ke pasar!"
" Dalam perjalanan ke pasar mereka berdua melalui jalan yang berbatu-batu.
" Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam guni yang kau bawa itu." kata guru itu memberi  arahan.
Tanpa banyak soal, anak muridnya memasukkan batu-batu besar yang mereka temui di sepanjang jalan.
" Cukup?" tanya anak muridnya.
" Belum. Isi sampai penuh karung guni itu."

Sampai di pasar, mereka berdua tidak membeli apa-apa. Berlegar-legar, melihat-lihat dan kemudiannya mula beredar keluar.

Tuan Guru, kita tidak beli apa-apa?" tanya si murid.
Tidak. Bukankah karung gunimu telah penuh?" jawab si guru.
"ya, ya...." kata si murid, agak kelelahan.

" Banyak beli barang," tegur seorang kenalan apabila melihat mereka dengan guni yang kelihatan barat itu.

" Wah, tentu mereka  berdua ini orang kaya! Banyak sungguh barang yang mereka beli," kata seorang yang lain.
" Agaknya, mereka hendak buat kenduri besar" kata yang lain pula.

Sebaik kembali ke tempat tinggal mereka, si murid meletakkan guni yang berisi batu-batu tadi.
" Oh, letih sungguh... apa yang kita hendak buat dengan batu-batu ini Tuan Guru?"
"Tak buat apa-apa".
" Eh, kalau begitu letih sahajalah saya." balas anak murid.
" Letih memang letih, tapi kamu sudah belajar tentang ikhlas."
Ikhlas?"  si murid kehaairanan.
" Kamu sudah belajar apa akibatnya jika tidak ikhlas dalam beramal."
" Dengan memikul batu-batu ini?"
" Ya. Batu-batu itu umpama amalan yang riak. Tidak ikhlas. Orang memujinya seperti orang-orang di pasar tadi memuji banyaknya barang yang kamu beli. Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keperluan, tetapi hanya batu-batu."

" Ya , sekarang saya faham apa akibat jika beramal tetapi tidak ikhlas!" ujar si murid.

Pengajaran : Ramai manusia tertipu dalam beramal kerana mengharapkan pujian. Padahal kata-kata  pujian hakikatnya hanya menyebabkan diri terseksa kerana terpaksa hidup dalam keadaan  yang bermuka-muka.

Wangsa Perkasa.: Jom kita cari ilmu ikhlas.