" Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami 7 perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera". - Wasiat Raja-raja Melayu

Sabtu, 28 Mei 2016

Catatan Hari Guru 2016

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
ُِبِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.

Alhamdulillah, syukur saya kepada Allah atas ruang dan peluang yang diberikan untuk catatan kali ini.

Terima kasih atas ucapan " Selamat Hari Guru " tempoh hari. Sehingga kini, ucapan tersebut masih diterima. Terima kasih, terima kasih, terima kasih.

Sebenarnya, kita adalah guru sekurang-kurangnya kepada diri kita sendiri. Apa yang hendak saya katakan ?

Dulu masa yang ada, banyak perkara yang dapat dilakukan. Kini, dengan masa yang sama, semakin sedikit yang dapat kita lakukan. Apa makna ini?

1. Adakah ini tanda prestasi semakin menurun ( disebabkan sudah lama dalam perkhidmatan, atau
2. Hal ini ada kaitan tanda akhir zaman. " Tepuk dada tanya iman "

Jika perkara 1, mungkin bolah memikirkan untuk opsyen.
Jika perkara 2, mungkin kita perlu mengajarkan diri untuk mulai tingkatkan amalan sebagai bekal di sana kelak.

Akhirulkalam, Allahumma a'inni ala zikrika wa syukrika wa husni ibadatik
Ya Allah, pelihara dan bantulah aku untuk sentiasa istiqamah mengingati, mensyukuri dan sujud beribadah kepada-Mu.
Amin Ya Rabbal Alamin.

{رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ}

{رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ}

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

Jumaat, 4 Mac 2016

Posting sentap

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
ُِبِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.

Posting sentap. Alhamdulillah, terima kasih kepada sahabat-sahabat maya yang membuat posting sama ada tulisan mahupun grafik. Saya akui banyak manfaat yang saya dapat. Walau bagaimanapun petunjuk dan hidayah milik Allah.

Dua tahun sejak ada whatsapp, telefon semakin lembab. Bila disemak beratus gambar grafik dalam gallery. Masa yang terluang sempat tengok balik dan delete mana yang patut. Kebanyakannya menyentap hati. Syukur dan Alhamdulillah.

Saya kongsi semula 2 posting yang paling menyentap dan menyebabkan saya berfikir panjang. Apatah lagi usia semakin pendek. Sampai masa saya perlu bersedia mencari sahabat yang pasti menjadi peneman dan pemberi syafaat di sana kelak.

Ayuh, kita dapatkan kebaikan melalui setiap huruf yang kita baca....

{رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ}

{رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ}

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

Ahad, 7 Februari 2016

Silaturahim; Reunion antaranya

 Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.
Alhamdulillah, syukur saya kepada Allah S.W.T.
Selawat dan salam ke atas Junjungan Nabi Muhammad S.A.W.,
Keluarga dan Para Sahabat.

      Kata pepatah,
      Harimau mati meninggalkan belang,
      Manusia mati meninggalkan nama.

      Hanya amalan yang akan mengikut bersama. Contohnya Silaturahim ; Reunion antaranya. Biarpun amalan silaturahim nampak kecil, namun pahala besar. Insya-Allah.

      Alhamdulillah, perkembangan pelbagai peranti kini ada juga faedahnya. Trend terkini, masing-masing mula mencari rakan-rakan sekolah yang telah ditinggalkan 20 atau 30 tahun dahulu. Pencarian ini atas dasar menyambung tali silaturahim. Istilah popular ialah reunion.

      Fitrah manusia memang begitu, iaitu hidup berinteraksi dengan orang lain. Jika tidak berinteraksi dengan orang, boleh gila di buatnya.
Terdapat ketentuan dalam agama yang memerlukan kita berdiri bersama-sama dengan orang lain, misalnya solat.

      Maka, wujudlah group WhatsApp, Telegram dan sebagainya. Tiba-tiba kita di  'add' dalam 'group'. Sebenarnya, kewujudan 'group' belum memadai untuk mencapai hasrat bersilaturahim. Bersua muka. Ya, bersua muka. Itu lebih molek. Bersua muka walaupun 5 atau 10 minit.

     Mengapa perlu bersua muka? Apabila bersua muka, kita boleh bersalam-salaman. Apabila kita bersalam-salaman, dikatakan akan gugurlah dosa melalui jari-jemari. Tapi, kena ikhlas dan kerana Allah. Beruntunglah jika kita dapat berbuat demikian. Insya-Allah. Aamiin.

      Seperkara lagi, silaturahim juga membuka jalan diluaskan rezeki, bahkan dipanjangkan umur.

      Rasulullah S.A.W. bersabda,
      " Barang siapa mahu diluaskan rezekinya  dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah dia menghubungkan tali silaturahim.
( HR : Bukhari )

     Jadi, bersilaturahim boleh dijadikan sebahagian amalan yang akan mengikut kita ke Akhirat kelak. Insya-Allah. Jom kita amalkan.

      Akhirulkalam. Yang baik datang dari Allah. Kalau tersalah kata, datang daripada kelemahan saya. Mohon ada yang menegur. Assalamualaikum.

Jumaat, 29 Januari 2016

Bahasa dan Citra Diri

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Alhamdulillah
Selawat dan salam disampaikan kepada junjungan Nabi Muhammad S.A.W., keluarga serta para sahabat baginda.

      Bahasa melambangkan citra diri. Apabila seorang berbahasa, kita boleh buat tanggapan citra diri orang tersebut. Saya berasa bangga, jika murid-murid saya cemerlang dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Walau bagaimanapun mutakhir ini, cemerlang Bahasa Melayu belum mencukupi dalam kehidupan realiti.

      Bahasa Melayu dikatakan belum mempunyai nilai pasaran dan antara sebab pengangguran. Bahasa Melayu hanya untuk perpaduan. Sebagai guru Bahasa Melayu, saya menarik nafas panjang dan bermonolog seorang. Inikan bahasa kita.

      Dikatakan, dalam kehidupan realiti, penguasaan Bahasa Inggeris memberi nilai pasaran dan peluang untuk lebih maju ke hadapan. Jadi kita ikutkan saja. Ini juga bahasa kita.

      Pendek kata,
      Bahasa Melayu, bahasa untuk perpaduan
      Bahasa inggeris, bahasa untuk mendapat peluang

      Inilah bahasa kehidupan realiti kini. Inilah bahasa yang memberi kebaikan tetapi ia kebaikan pada masa ini dan bukan kebaikan selepas ini. Jadi apakah bahasa yang memberi kebaikan untuk kehidupan selepas ini?

      Jawapannya, tidak lain dan tidak bukan, bahasa kitab ( Bahasa Arab ). Bahasa ini apabila dibacakan, akan memberi kebaikan hingga ke Akhirat.

      Rasulullah s.a.w. Bersabda yang bermaksud
      ' Barang siapa yang mambaca satu huruf dari kitab Allah s.w.t., maka dia mendapat satu kebaikan dengan huruf itu, dan satu kebaikan itu akan dilipatgandakan menjadi  sepuluh. Aku tidaklah mengatakan alif laam miim itu satu huruf, tetapi alif sayu huruf, lam satu huruf, dan mim satu huruf.'  ( HR : Tirmizi )

      Membaca al-Quran ( bukan hanya melafazkan bahasa Arab ) boleh menjadi penerang dan meningkatkan citra diri di hadapan Allah s.w.t di Akhirat kelak.

      Tepuk dada tanya selera bahasa.
      Dunia adalah jambatan ke Akhirat.
      Bahasa kehidupan realiti berakhir di dunia.
      Bahasa Kitab ( al-Quran ) mengikut ke Akhirat.

      Sebenarnya, inilah bahasa kita.
      Jom, kita perbanyakkan membaca bahasa Kitab ( al-Quran )

Sekian, Wabillahi al-Tawfiq wa al-Hidayah,
Wassalamu'alaikum.

     
     

Selasa, 19 Januari 2016

Hidup Biar Berilmu


      Dengan nama Allah,
      Alhamdulillah dan syukur kepada Allah, tahun 2015 lalu 2 puteraku Wangsa dan Perkasa diterima masuk ke UiTM. Seorang di Puncak Perdana dan seorang di Permatang Pauh. Syukur kepada Allah dengan limpah rahmat-Nya dan dengan tradisi penubuhan UiTM, Insya-Allah Wangsa dan Perkasa akan menyempurnakan sebahagian tuntutan ibadah serta pembentukan jati diri mereka.

      Allah akan mengangkat darjat orang yang berilmu seperti mana firman-Nya,
      " Allah akan meninggikan orang yang beriman di antaramu dan orang yang berilmu beberapa darjat. " Al Mujaddalah : 11

      Insya-Allah, masa mendewasakan mereka.
      dan abah Wangsa dan Perkasa berpesan ......

      "Wahai anakku, dirikankan solat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuklah hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah). Surah Luqman : 17
Dan rajin-rajinlah membaca al-Quran.

      Insya-Allah, masa akan mendewasakan mereka. Akan sampai masa dan ketika mereka sambut pesan abah dengan fitrah tanpa kesah dan tanpa beban gelisah.

      Kehidupan ini adalah fitrah. Kepada Allah aku bertawakkal....


Sabtu, 9 Januari 2016

Ungkapan menarik

Assalamualaikum. 

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

 Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam disampaikan kepada junjungan Nabi Muhammad S.A.W., keluarga serta para sahabat baginda.

Saya seorang guru Bahasa Melayu. Apabila mengajar karangan, saya akan tekankan penggunaan ungkapan menarik. Jika ada, baru nampak matang karangan tersebut dan baru boleh cemerlang.

Mana dia ungkapan menarik,
Mana dia ungkapan menarik,
Mana dia ungkapan menarik,

Tergagap-gagap murid dibuatnya.
Tapi hasilnya, murid mengigau dibuatnya dan terkesan...

Apa sebenar ungkapan menarik tu ? Ia boleh jadi ; peribahasa, cogan kata, petikan kata, kata-kata hikmat, petikan hadis, maksud ayat Al-Quran dan sebagainya.

Boleh kongsi contoh ! Sekadar satu, dua contoh ....

Peribahasa ; Belakang parang kalau diasah nescaya tajam.

Petikan kata ; menurut imam Syafie ' ilmu merupakan sesuatu yang bermanfaat dan bukannya apa-apa yang dihafal semata-mata.

Saya ada ungkapan/ kalimat terbaik yang hendak dikongsikan. Ungkapan/ kalimat ini tidak ada tandingan, malah menjanjikan keuntungan besar kepada pengungkap. Ungkapan/ kalimat yang merupakan amal dan cabang iman paling timggi. Senang cakap, ia zikir yang paling baik. Ungkapan/ kalimat ini boleh jadi sangat susah dan berat untuk diungkapkan tika nafas sudah tersangkut di tekak.

Ungkapan/ kalimat itu ..... Laa ilaaha illallaah    yang menjadi penolong kita kelak.

Maka, jadikan ia zikir sebab sebaik-baik zikir adalah  Laa ilaaha illallaah, Laa ilaaha illallaah, Laa ilaaha illallaah.......

Kehidupan ini akan ada nokhtahnya. Insya-Allah, ungkapan yang terbaik akan mengikut kita tika di sana kelak. Aamiin.

Segala kekilafan, kesilapan dan kekurangan adalah kelemahan daripada saya. Oleh itu teguran membina amat dialu-alukan.

Sekian, Wabillahi al-Tawfiq wa al-Hidayah,

Wassalamu'alaikum.
     

Isnin, 4 Januari 2016

Kita nak kehidupan yang baik?

     


Assalamualaikum.
      Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
      Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam disampaikan kepada junjungan Nabi Muhammad S.A.W., keluarga serta para sahabat baginda.

2015 bernokhtah. Alhamdulillah, 4 hari berlalu dalam tahun 2016 ini baik belaka. Insya-Allah sepanjang tahun 2016, kita menempuhi kehidupan yang baik ( Al-Hayaatu Ath-Thayyibah )

      Hendak mendapat kehidupan yang baik ? Asasnya bermula dengan diri. Diri ini kena baik dulu. Macam mana hendak jadi baik ?

      Dengar yang baik, lihat yang baik, ucap yang baik, buat yang baik. Insya-Allah diri jadi baik. Kelak, kehidupan jadi baik.

      Jadi tahun 2016 ini, jom kita perbanyakkan ucapkan perkataan yang baik-baik. Disertakan 7 contoh ...

Apa ucapannya .....

      1. Mengucap La ilahailla Allah, Muhammad Rasulullah.
          (  sepanjang siang dan malam sehingga tak terpisah dari lidah )

      2. Mengucap Bismillah.
          (  Bila hendak melakukan sesuatu )

      3. Mengucap Astaghfirullah.
          ( Jika lidah tersilap ucap perkataan yang tidak elok )

      4. Mengucap Insya-Allah.
          ( Jika merencana berbuat sesuatu di hari esok )

      5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah
          ( Jika menghadapi sesuatu tidak disukai dan tak diingini )

      6. Mengucap Inna lillahi wainna ilaihirajiun.
          ( Jika menghadapi dan menerima musibah )

      7. Mengucap Alhamdulillah.
          ( Apabila  selesai melakukan sesuatu )

     Kehidupan ini akan ada nokhtahnya. Insya-Allah, ucapan yang baik-baik akan mengikut kita tika di sana kelak.

Segala kekilafan, kesilapan dan kekurangan adalah kelemahan daripada saya. Oleh itu teguran membina amat dialu-alukan.

Sekian, Wabillahi al-Tawfiq wa al-Hidayah,

Wassalamu'alaikum.