" Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami 7 perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera". - Wasiat Raja-raja Melayu

Jumaat, 1 Januari 2016

2016 : Perkataan / Ayat Sentap


Buku 2016 : Muka surat 1. Aku bermonolog, apa ungkapan untuk tahun baru 2016. Pasti bila buka facebook  atau wasap macam-macam ungkapan yang keluar.

Alhamdulillah. Inilah perkataan atau ungkapan yang terlintas di fikiran pada waktu itu

Allah  Allah  Allah  Allah  Allah  Allah  Allah  Allah  Allah  Allah  Allah  Allah  Allah  Allah  Allah  Allah  Allah  Allah  Allah  Allah  Allah  Allah  Allah  Allah  Allah  Allah  Allah  Allah  Allah  Allah  Allah  Allah  Allah

Jika kalian ditempat saya, apa yang kalian rasa ...
Sedikitpun tak ada rasa apa-apa ....
Cuba sebut perkataan di atas.
Tak rasa apa apa !

Cuba lagi

Jadi apa lagi yang aku sebut, kalianpun sebut juga ....

'Katakanlah: Dialah Allah, Yang Maha Esa.
Allah ialah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu.
Dia tiada beranak, dan tiada pula di peranakkan.
Dan tiada sesiapapun yang serupa dengan-Nya.'  Surah al -Ikhlas

Aku nak tambah lagi, kalian pun tambah .....

'Allah, tiada Tuhan ( yang berhak disembah ) melainkan Dia.
Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus ( makhluk-Nya ) :
Tidak mengantuk dan tidak tidur.
Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi.
Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa Izin-Nya.
Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya.
Kursi Allah meliputi langit dan bumi.
Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya.
Dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.'  Surah al-Baqarah ayat 255

Kalian cuba sebut ayat ini pula...

'Dialah Allah yang tiada Tuhan ( yang berhak disembah ) selain Dia,
Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata,
Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Dialah Allah yang tiada Tuhan ( yang berhak disembah ) selain Dia,
Raja, Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, yang Mengurniakan keamanan, Yang Maha Memelihara, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, Yang Memiliki segala Keagungan, Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan.

Dialah Allah yang menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, Yang mempunyai Nama-nama Yang Paling Baik. Bertasbihlah kepada-Nya apa yang ada dilangit dan bumi.
Dan  Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
Maka katakanlah : " cukuplah Allah bagiku, tiada ada Tuhan selain Dia,
Hanya kepada-Nya aku bertawakal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki Arasy yang Agung."   Surah al-Hasyr  ayat 22 -24

Tak cukup dengan itu ! Sebut ini pula....

'Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
Segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta alam,
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
Yang Menguasai hari pembalasan,
Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan,
Tunjuklah kami jalan yang lurus, iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka; bukan ( jalan ) mereka yang dimurkai ( orang-orang yang mengetahui kebenaran dan meninggalkannya ), dan bukan ( pula jalan ) mereka yang sesat ( orang-orang yang meninggalkan kebenaran kerana ketidaktahuan dan kejahilan.'   Surah al-Fatihah

'Maka, bertasbihlah dengan mengebut nama Tuhanmu Yang Maha Besar.'   Surah al-Waqiah ayat 96

Dapat rasa apa yang aku rasa...   gemetar hati ! Bertambah iman !
Kalau ada... syukur kepada Allah. Alhamdulillah.

'Sesungguhnya orang-orang yang beriman ( sempurna imannya ) itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya bertambahlah iman mereka ( kerananya ) dan kepada Allah mereka bertawakkal.'   Surah al-Anfal ayat 2

Ayat ayat ini yang menyentap aku pada tahun baru 2016. Semoga ia turut memberi manfaat kepada kalian. Insya-Allah.

Wangsa Perkasa : Allah Yang Maha Besar, Allah Yang Maha Besar, Allah Yang Maha Besar.

Rabu, 30 Disember 2015

2016 ; Adakah Kita Bersedia ?

Dengan nama Allah
Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum,
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Selawat dan salam disampaikan kepada junjungan Nabi Muhammad S.A.W., keluarga serta para sahabat baginda.

     Alhamdulillah, tahun 2016 masihi menjelang tiba. Adakah kita telah bersedia ?Masing-masing menghabiskan cuti. Sambil bercuti sambil membuat persediaan. Contohnya, membeli kelengkapan persekolahan anak-anak. Ibu bapa dan anak begitu teruja terutama apabila anak pertama masuk ke alam persekolahan. Hal ini belum lagi kisah persediaan buka sekolah. Selain beberapa siri mesyuarat, semua perkara kena tip top. Adakah sekolah telah bersedia ? Begitulah secebis kisah kehidupan menjelang tahun baru.

      Adakah kita telah bersedia ? Kehidupan perlu diteruskan. Datangnya tahun 2016, beerti hidup semakin pendek. Masa adalah umur. Hidup pula untuk hari ini dan hari selepas ini. Hidup hari ini tidak kekal. Kita hanya musafir  di bumi Allah ini. Kehidupan selepas ini yang kekal abadi. Adakah kita telah bersedia ?

      Makanya, sebagai musafir di bumi Allah ini, marilah kita kutip segala keperluan atau amalan samada yang besar atau kecil untuk kita bawa ke sana kelak. Jom kita mulakan dengan banyakkan Istighfar iaitu Astaghfirullah. Semoga zikir Astaghfirullah, Allah ampunkan kita dan hilangkan titik hitam di hati. Insya-Allah.

Wangsa Perkasa ; Dengar, lihat, cakap dan buat yang baik, Insya-Allah jadi baik. Semoga perjalanan tahun 2016 dengan rahmat Allah. Insya-Allah. Kepada Allah aku tawakal.

Sekian, Wabillahi al-Tawfiq wa al-Hidayah, Wassalamu'alaikum.

     

     

Ahad, 27 Disember 2015

Muhasabah Diri 2015

Assalamualaikum.
      Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
      Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam disampaikan kepada junjungan Nabi Muhammad S.A.W., keluarga serta para sahabat baginda.

      Tahun 2015 makin hampir melabuhkan tirai. Suka, duka, manis atau pahit kehidupan dilalui selagi nyawa dikandung badan. Hujung tahun ini selalunya ditutupi dengan penilaian dan laporan. UPSR dan PT3 telah diketahui prestasinya. SPM dan STPM kelak akan diumumkan. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Pekerja awam atau swasta pula telah dinilai prestasi. Masing-masing menanti bonus tahunan.

      Syukur, saya panjatkan kepada Allah S.W.T kerana telah selesai melaksanakan tanggungjawab yang diamanah dalam menilai prestasi. Dengan nama Allah, saya bertawakal dan memohon kepada Allah agar penilaian saya adil dan tidak menganiaya sesiapa.

      Alhamdulillah, saya sedar Allah menilai kebaikan dan keburukan yang dilakukan. Saya berdoa agar saya diberi hidayah dan petunjuk ke arah jalan yang lurus. Insya-Allah.

      Sebagai penulis , besar harapan saya agar blog ini dapat memberi manfaat kepada diri dan pembaca. Semoga amalan yang baik akan mendapat ganjaran dan keredhaan Allah S.W.T.

      Segala kekilafan, kesilapan dan kekurangan adalah kelemahan daripada saya. Oleh itu teguran membina amat dialu-alukan.

Sekian, Wabillahi al-Tawfiq wa al-Hidayah,

Wassalamu'alaikum.

Salam maulidul Rasul. Mengingati Baginda SAW, jom kita memperbanyakkan selawat kepada Baginda SAW. Allahumma Sholli Ala Sayidina Muhammad.Assalamualaikum 

Selamat menyambut tahun masihi 2016. Jom tingkatkan ibadah.

Wangsa Perkasa - "Sama-sama kita lakukan kebaikan dengan ikhlas"

     

Isnin, 4 Mei 2015

Refleksi hubungan

Assalamualaikum. Masa berlalu begitu pantas hingga tak terkejar oleh kita. Banyak perkara yang terlepas pandang dan ada hal yang tidak sempat kita buat. Dsn kerana masa, kita dalam kerugian.

      Kita bekerja, bekerja dan terus bekerja untuk menampung hidup. Sebagai pekerja, kita diperuntukkan Hari Pekerja - cuti. 

     Sempena  cuti hari pekerja yang lalu dan beberapa hari cuti lain, membolehkan kita meluangkan masa seketika untuk merenung dan berfikir tentang hubungan kita,

      Tentang hubungan kita dengan manusia,

      Tentang hubungan kita dengan alam

      Tentang hubungan kita dengan pencipta yakni Allah.

      Secara jujur, sebagai pekerja secara sedar atau tidak, kita seolah-seolah kelihatan menjadi hamba wang / harta sehinggakan masa banyak dihabiskan berfikir / mencari / mengumpul harta / wang. Akhirnya kita bersara. 

      Jom kita bermunasabah diri


Rabu, 5 November 2014

Realiti hijrah itu sukar. Salam Maal Hijrah 1436 ( 25 oktober 2014)


Assalamualaikum, salam Maàl Hijrah 1436 - ( 25 oktober 2014 )
Alhamdulillàh, kita melangkah ke tahun baru hijrah 1436. Tentunya bànyak ujian yang akan dihadapi.
Insya-Allah, dengan hidayah dan petunjuk daripada Allah, Insya-Allah, kita boleh hadapinya atau menemui jalan penyelesaiannya.
Hijrah itu satu làngkah permulaan/ pertama ke arah suatu yang lebih baik. Bak kata orang bijak pandai 1000 langkah bermula dengan langkah pertama.
Realiti hijrah itu sukar. Kenapa sukar? Kita sebenarnya berada di zon selesa. Kekayaan ada. Kejayaanpun ada. " Aku ok apa!
Betul, kalau dilihat dalam aspek hubungan kita dengan alam dan hubungan kita dengan manusia.
Tetapi, bagaimana pula hubungan kita dengan Yang Maha Esa?
Beralih tahun hijrah bermakna usia  kita pendek dan kita tiada punya masa lagi.
Mungkin hari ini
Mungkin esok
Mungkin lusa
Kita tiada lagi
Sebab mati itu ' anytime '


Isnin, 15 September 2014

Masa Berlalu. Kita dalam kerugian



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

      Bulan berlalu, musim berlalu, hari berlalu, malah masa begitu pantas berlalu. Sebenarnya, kita dalam kerugian.
      Bulan Ramadhan telah berlalu. Ramai yang merindui bulan ini. Malah ramai juga yang biarkan saja ia berlalu. Cuba kita refleksi ibadah kita ramaadhan tahun ini berbanding Ramadhan yang lalu? Ramai yang dalam kerugian. Kita kurang bersungguh mencari ' malam seribu bulan '.
      Bulan Syawal dirai. Ada yang merainya hingga melepasi syawal. Sana sini rumah terbuka hingga ada yang terlepas berpuasa enam. Kita sekali lagi dalam kerugian. Syawal pun berlalu....
      Bulan kemerdekaan disambut dalam keadaan berkabung. Tragedi MH 370 dan MH 17 begitu menyayat hati rakyat. Al-Fatihah ...buat mangsa beragama Islam. Kita dalam kerugian. Esok kita menyambut ' Hari Malaysia '. Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta. Ada percubaan-percubaan untuk menggangu-gugat sebuah cinta ini. Andai berjaya, kita akan berada dalam kerugian.
      Bulan peperiksaan begitu mendebarkan. UPSR, PT3, SPM dan STPM meresahkan calon, guru, malah ibu bapa. Jika ada yang mempertikaikan integriti para guru, mungkin ada benarnya. UPSR menyebabkan kita dalam kerugian.
      Bulan Haji kembali tiba. Kita doakan mereka mendapat Haji mabrur. Janganlah hendaknya mereka berada dalam kerugian. Bukan senang hendak ke sana. Berpuluh-puluh tahun harus sabar menunggu.

      Begitulah masa, begitu pantas berlalu. Apapun usah lupa, dengan berlalu masa maka, usia kita semakin pendek.

Wangsa Perkasa :  Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
                                                                                      Surah al-'Asr (Masa)

Jumaat, 27 Jun 2014

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan


Ahlan wa sahlan ya Ramadhan !
      Ramadhan al Mubarak menjelma kembali dalam rangka ziarah rutin tahunannya...
Sudah berapa kali kita menyambut Ramadhan? Beranikah kita memberi jaminan kita mempunyai satu lagi peluang menemui ramadhan tahun hadapan?

      Oleh itu, jom berazam untuk jadikan Ramadhan tahun ini dapat ditempuh sehabis baik oleh kita semua di dalam keadaan yang ada peningkatan ke arah kesempurnaan.

      Ibadah puasa Ramadhan telah disyariatkan oleh Allah SWT pada bulan Syaaban tahun kedua Hijrah dengan terwahyunya firman Allah di dalam surah al-Baqarah ayat ke-183 dan 184: " Wahai orang-orang yang beriman, puasa itu telah diwajibkan ke atas kamu sebagaimana ia telah diwajibkan kepada umat-umat sebelum kamu..."

Selamat menghidupkan Bulan Ramadhan dengan penuh kesempurnaan iman dan muhasabah! Ambil peluang Madrasah Ramadhan sebagai medan memperbaiki diri menjadi hamba Allah yang lebih baik selepas ini..


Salam Ramadhan Mubarak.


Wangsa Perkasa: Semoga Ramadhan kali ini kita tidak rugi lagi, lebih bermakna dan mendapat keberkatan