Selamat Sejahtera Ke Atas Kamu.
Bismillah. Alhamdulillah, lebih 1.6 juta menyahut lambaian Baitullah. Tidak lama lagi sempurnalah ibadat Haji umat Islam. InsaAllah sama-samalah kita doakan agar jemaah Haji mendapat Haji yang mabrur. Kita juga janganlah lupa saudara kita di Baitulmuqaddis sedang berjihad fisabilillah. Semoga mereka diberi kekuatan untuk terus bertahan. Sesungguhnya kemenangan pasti milik kita jua, bilamana dan bilamasa pelbagai bangsa bahu-membahu. Akan muncul akhirnya pejuang bijaksana seperti Salehuddin AlAyubi memacakkan bendera Islam di Bumi Baitulmuqaddis. Benar, masanya akan tiba juga....
Wangsa Perkasa - Bissawab
" Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami 7 perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera". - Wasiat Raja-raja Melayu
Isnin, 22 Oktober 2012
Sabtu, 15 September 2012
Sempurna - A
Selamat sejahtera ke atas kamu.
Agak lama juga penulis tiada entri baru. Melewati bulan Ramadan hingga penghujung Syawal, banyak asam garam kehidupan yang dilalui. Samada hal peribadi atau hal yang berlaku di sekitar tentu sekali ia direncanakan. Contohnya amalan-amalan. Namun kita hanya merencana..
Mungkin tidak terlambat untuk kita mengimbas kembali amalan di bulan Ramadan. Alhamdulillah kita telah menyempurnakan amalan-amalan yang sepatutnya dilaksanakan pada bulan tersebut. Tetapi hanya kita yang tahu samada amalan-amalan yang dilakukan mencapai kesempurnaan. Harap amalan-amalan tahun ini lebih sempurna berbanding tahun-tahun sebelum.
Esok, Syawal sampai ke penghujungnya. Esok masih ada rumah terbuka Aidilfitri. Amalan ini amat baik terutama dalam mengeratkan silaturrahim. Bulan Syawal inilah masa sanak saudara serta sahabat handai berjumpa mungkin setelah bertahun-tahun tidak berjumpa. Penulis tidak berkecuali. Menerima jemputan daripada kawan-kawan sekelas setelah 30 tahun tidak berjumpa begitu mengujakan. Mungkin ada kejutan nanti..
Sebarkan salam. Sebarkan salam. Kita dianjurkan agar melakukan suatu amalan yang jika diamalkan, timbul rasa kasih dan sayang sesama kita. Di dalam Islam, semuanya bersaudara di bawah payung agama. Sebagai saudara seagama pula, kita wajib mengasihi saudara kita seperti mana kita mengasihi diri kita sendiri.
Sabda Rasulullah s.a.w. " Tidak sempurna iman seseorang sehingga dia mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.) Jika keadaan ini berlaku, kita akan bersatu.
Esok 16 September. 49 tahun dahulu, Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman membacakan Pemasyhuran Malaysia. Sempurna sudah sebuah negara bernama Malaysia.Perdana Menteri Malaysia hari ini menamakan 16 September sebagai Hari Malaysia.
Sejahtera Malaysia
Wangsa Perkasa: Wangsa tidak menjadi Perkasa dalam sekelip mata !

Ahad, 15 Julai 2012
Sempurna ? Asalkan majoriti suka.
Sempurna ? Macam mana ? Markah penuh 10. Orang kata membaca membentuk keperibadian, menulis membentuk kesempurnaan. Mungkin sebab itulah penulis menulis.... mencari kesempurnaan. Ada pula orang lain kata, kita tidak perlu menjadi sempurna sepanjang waktu agar orang menyukai kita. Sesetengah orang pula berkata, kebaikan hati lebih penting daripada kesempurnaan. Semua orang mengidamkan kesempurnaan.
Selagi namanya manusia, kesempurnaan sukar dicapai. Tambahan pula, masa berlalu begitu pantas dan sentiasa mendahului kesempurnaan itu sendiri. Hari ini kita kata sempurna, tapi hari esok tidak lagi.
Jika melibatkan angka, kesempurnaan boleh diukur, contoh 5 + 5 = 10. 1 + 1 = 2. Andai ditulis
1 + 1 = 1, tidak sempurnalah jawapannya. Walau bagaimanapun, kalau ada orang kata 1 + 1 = 1 betul dan disokong dengan contoh, mungkin kita akan berfikir dua atau tiga kali. Orang ini tidak sempurna akalnya atau melangkaui kesempurnaan.
Dalam aspek tertentu, angka satu boleh jadi penentu, contoh 50 dan 51. Kelebihan angka satu boleh menjadikannya majoriti. Kalau dalam pilihanraya, kelebihan satu membolehkan kerajaan dibentuk.Andai perkara ini berlaku, apa yang hendak kita katakan tentang kesempurnaan.
Jadi, dalam hal-hal duniawi, usahlah terlalu taksub dengan markah sempurna 10 tersebut.Orang kata, kita bukannya sempurna. Perkara yang perlu diusahakan adalah penambahbaikan.Begutu jugalah dalam organisasi; biarlah dua atau tiga orang tidak suka, asalkan majoriti suka.
Walaupun pepatah kata cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar, namun beberapa orang ini sengaja menganggah pepatah ini. Kalau boleh biar semua orang dengar hatta ketua organisasi sekalipun. Kadang-kadang ibarat rebung tidak miang, bemban pula miang, maknanya yang terlibat diam, orang lain pula yang bising. Orang yang bising pula bak biduk upih, pengayuh bilah bermaksud tiada keupayaan untuk melaksanakan kerja. Masing-masing ada pendapat tentang kebenaran. Kata pepatah, bolehkah matahari hendak dilindungi dengan nyiur yang bermaksud; kebenaran tidak mungkin dapat disembunyikan. Jadi, tunggu dan lihat sahaja.
Perkara sebegini merupakan asam garam organisasi. Hal ini dianggap biasa dan sekiranya tidak berlaku, ia adalah luar biasa. Cerita-cerita gosip ini akan berlalu bersama angin yang lalu dan dianggap gosip basi. Apa yang penting menurut seorang ketua organisasi yang ditemui ialah kita laksanakan tugas yang diamanahkan tanpa beberapa orang ini. Hal ini kerana dibelakang kita masih ramai yang sanggup bekerja bersama . Tambahan pula, semestinya ketua organisasi seperti kayu yang berakar tunjang tak endahkan ribut, yang bermaksud; orang yang mempunyai asas kuat tidak takut susah.
Penulis mengucapkan terima kasih kepada SelagiAdaGula kerana meluangkan masa menulis komen dalam entri Seronok kerja 5, biar luka di dada. Kata beliau; terlajak kata... sekali terluka
selamanya berbekas di hati. Itu yang sesetengah orang kata, kebaikan hati lebih penting daripada kesempurnaan. Apapun, biar apa yang berlaku di organisasi, usahlah dibawa ke rumah ataupun disimpan di dalam hati. Biduk lalu kiambang bertaut. Doa penulis agar baik kesudahan.
Penulis ada terbaca sebuah sajak di dalam surat khabar yang amat menarik untuk direnungi bersama. Berikut adalah sebahagian daripada sajak tersebut :-
Jika kau tak dapat menjadi seperti batu permata yang menghiasi puteri jelita,
jadilah seperti batu-bata yang boleh mengukuhkan kota,
asalkan bukan batu di telaga yang berlumut tidak berharga.
Jika kau tak dapat menjadi lebah yang mengeluarkan madu,
jadilah seperti lembu yang boleh memberi susu,
bukan seperti pacat dan lintah yang hanya menghisap darah.
Wangsa Perkasa : Bukanlah sesempurna mana. Jika dapat menjadi penulis......

Ahad, 1 Julai 2012
Seronok Kerja 5 - Biar luka di dada, jangan luka di belakang.
Tajuk entri di atas berdasarkan peribahasa yang membawa maksud biar kalah selepas melawan, jangan kalah kerana melarikan diri. Apatah lagi dalam kita mencari kebenaran, kadang-kadang berkehendakkan kita melawan atau berusaha.
Benar juga apa yang dikatakan oleh SelagiAdaGula dalam ruangan komen entri Seronok Kerja 4 - Biar putih tulang. Kata SAG ; ada kala kebenaran tidak memihak kepada kita.Penulis setuju dengan komen beliau. Kini banyak orang memperkatakan tentang persepsi.Perkara yang tidak benar boleh jadi benar jika persepsi ramai menyatakan ia benar. Sebab itulah diperhatikan pada masa ini perang persepsi amat hebat. Jika tidak pandai menapis dan menerima bulat-bulat sesuatu perkara, maka benarlah kata SAG iaitu, ada kala kebenaran tidak memihak kepada kita. Tambahan pula, apabila keadaan terdesak dan mendesak, kebenaran mungkin tidak tertegak.
Apa yang menariknya, kita selalu akur dengan perintah. Kita juga amat menjaga hati dan tidak mahu ia berterusan. Kita selalu percaya kebenaran itu akan muncul juga. Cuma masa yang akan menentukan. Yang baiknya mengenai suatu perkhabaran yang buruk, adalah ia boleh berubah menjadi perkhabaran yang baik sekiranya sikap diubah. Kata orang pandai, kemenangan hanyalah milik orang yang berusaha. Antara usaha ialah dengan kata. Katakanlah yang benar, walaupun pahit untuk dikatakan.
Menulis perkataan kata, penulis teringat sajak Kata-kata dalam KOMSAS tingkatan 3, bunyinya seperti berikut:-
Kalau kita dicerca dengan kata, jangan kita diam tak terkata.
Pertahankan maruah kita, lawan kata dengan kata.
Kalau mereka mengherdik dengan kata, carilah daya kata.
Kalah kita jangan kerana putus kata.
Kalau hidup mahu terbela, pandailah mengungkap kata.
Setakat ini dulu komen balas penulis. Tiga perkataan yang menarik perhatian penulis iaitu kebenaran, kemenangan dan ubat. Ubat yang paling mujarab untuk kemarahan adalah doa yang panjang.
Wangsa Perkasa : bertemanlah dengan orang yang suka membela kebenaran. Dialah hiasan di waktu senang dan perisai di waktu susah.
Ahad, 24 Jun 2012
Seronok Kerja 4 - Biar Putih Tulang ..
Analogi yang ditulis oleh SelagiAdaGula dalam ruangan komen di entri Seronok Kerja 3 menarik perhatian penulis. Analogi yang diberi dalam maksudnya. Penulis mengambil masa yang agak lama untuk memahami maksud tersurat dan tersirat analogi tersebut.
Analogi yang ditulis berkaitan pelajar dan matematik. Sudut pandangan penulis, matematik tiada cacat celanya. Hala tujunya amat jelas. Bahasa matematik membantu visi tercapai. Tertib dan aturan disusun supaya ia mudah difahami. Langkah demi langkah jelas maksudnya. Jawapannya objektif. Matematik selalu menjadi simbol kemenangan. Dalam demokrasi, matematik sangat penting kerana ia menjadi angka penentu. Apa yang diperlukan cuma untuk memahami. Cubalah untuk memahaminya. Tentu sahaja kita akan seronok bersamanya. Mana tahu ia mungkin akan mengagumkan.
Penulis setuju bahawa matematik telah disetkan dengan sebegitu rupa. Dari sudut pandangan psikologi apabila kita telah setkan suatu perkara itu pesimis, maka pesimislah jadinya. Pelajar tadi perlu direset kembali mindanya ke arah optimis. Dalam hal matematik, katakan bahawa matematik itu seronok untuk difahami.Maka, mudahlah ia untuk difahami.
Kalaupun pelajar tadi boleh ditukar atau berpindah ke sekolah lain, matematik tetap ada. Kenapa? Matematik adalah mata pelajaran teras. Hendak atau tidak, ia perlu dipelajari dan difahami. Kitalah yang mesti memulakan langkah memahami matematik.
Begitulah sedikit ulasan penulis terhadap komen SelagiAdaGula. Penulis percaya SelagiAdaGula seorang yang mempunyai semangat 3K iaitu kepintaran, kecekapan dan ketangkasan. Semangat itulah yang penulis hormati dan ingin bersama memiliki. Penulis teringat lagu ' Biar putih tulang, jangan putih mata ' nyanyian kumpulan Dinamik. Antara lirik yang menarik perhatian ....
......Patah pujangga biar putih tulang, jangan putih mata dan kecewa.
Biarpun hilang ke manapun jua
Namun semangatku
Tetap bersamamu .....
Wangsa Perkasa : Kini, di tempat baru penulis bertugas, rakan sejawat ialah guru matematik masa bersekolah dulu. Walaupun matematik tak bagus mana, penulis tidak salahkan matematik. Masih cuba untuk terus memahaminya.
Isnin, 18 Jun 2012
Seronok Kerja 3
Betul juga apa yang diulas oleh SelagiAdaGula iaitu ada manusia yang tak seronok melihat orang lain seronok bekerja di ruangan komen tajuk Seronok Kerja 2. Melalui pengamatan penulis yang menghadiri kursus, mesyuarat, pembacaan atau perbualan dengan ketua jabatan mengiyakan bahawa dalam setiap organisasi memang terdapat orang jenis ini. Ada saja yang tak kena.
Perkara ini bolehlah dianggap kudis dalam organisasi. Jika tidak ditangani mungkin ia boleh menjadi barah kepada organisasi, yang akan merencatkan proses kecemerlangan. Banyak cadangan untuk mengatasi masalah ini dan ada kalanya ia sesuai mengikut konteks. Perkara ini selalunya berlaku antaranya akibat individu itu lama berkhidmat di sesebuah organisasi. Contohnya jika di institusi pendidikan seperti sekolah banyak dikatakan akan wujud 'sekolah dalam sekolah'.Mungkin suasana baru atau tempat baru dapat mengubah perspektif individu berkenaan. Hal ini selalunya berkait dengan sikap. Justeru, cubalah mulakan dengan memupuk nilai dan sikap keseronokan bekerja dalam diri terlebih dahulu.
Macam mana hendak benar-benar merasai keseronokan bekerja ? Ada pakar menyatakan keseronokan bekerja akan dirasaai apabila mengalami kejemukan, kesusahan, kepenatan, rungutan dan sebagainya.Tapi perkara ini berjaya diatasi. Selain itu, berusaha untuk mencapainya.
Syukur. Bersyukur dengan kerja. Beruntung dengan kerja yang dimiliki mampu menyuburkan rasa syukur. Kalau dapat dibayangkan kesusahan membanting tulang, memerah otak dan keringat tentu sahaja kita akan seronok bekerja, apatah lagi titik peluh yang keluar adalah halal.
Setakat ini adakah anda gembira? Cubalah untuk bergembira dan menggembirakan orang lain. Nescaya kerjapun jadi seronok.Macam mana hendak gembirakan orang lain. Bukannya susah; imbuhan, ganjaran dan penghargaan. Boleh juga dicuba 3 S ( Senyum, Sapa dan Sopan ).Selain itu, hormat-menghormati sesama rakan dan ketua jabatan. Jangan lupa berkongsi rezeki dengan keluarga dan masyarakat yang akan menimbulkan perasaan kepuasan diri sendiri.
Akhir sekali doa. Berdoa dan terus berdoa.....
Wangsa Perkasa : Berdoa ketika dalam kesenangan atau kelapangan.

Jumaat, 8 Jun 2012
Seronok Kerja 2
Seronok kerja? Seronok. Bolehlah. Ok. Hakikatnya, ia tidaklah semudah menyebut a, b, c atau d. Memang betul orang kata nadi kecemerlangan dalam organisasi adalah seronok kerja. Ada juga orang kata seseorang itu tidak selama-lamanya seronok kerja.
Namapun manusia, pelbagai perasaan seperti malas, bosan, jemu dan segan menjadi lumrah perilaku manusia. Ataupun, sebab kesesakan lalulintas, perjalanan yang terlalu panjang untuk sampai ke tempat kerja, masalah kesihatan, masalah dengan rakan sejawat dan pentadbiran, suami di Kelantan manakala isteri di Johor, menghabiskan setengah usia dalam organisasi dan macam-macam lagi.
Macam-macam lagi seperti tempat kerja tidak kondusif, gelap, sesak, sempit, berkongsi tempat duduk dan kualiti peredaran udara yang tidak baik, antara penyebab kita tidak seronok kerja. Perkara ini
sekaligus akan menjejaskan prestasi dan produktiviti.
Hal ini lama kelamaan akan menimbulkan rungutan, aduan dan perselisihan mahupun konflik atau sikap menentang. Walaupun ia sebagai asam garam di tempat kerja, jika tidak ditangani secara berkesan kecemerlangan organisasi akan terjejas.
Jadi, kita kena seronok kerja. Seronok kerja. Seronok kerja. Persoalannya, macam mana kita nak seronok kerja?
Wangsa Perkasa : masih ingat lagi seronok kerja sebagai satu nilai dalam tonggak 12.
Langgan:
Catatan (Atom)