" Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami 7 perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera". - Wasiat Raja-raja Melayu

Ahad, 31 Julai 2016

Kata-kata di akhir syawal

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah, syukur kepada Allah dan atas doa daripada kalian, saya kembali sembuh. Syawal berlalu 26 hari. Alhamdulillah, saya dengan izin Allah dapat berpuasa 6 hari bulan syawal. Kepada kalian yang belum, masih belum terlambat kerana ada 3 hari lagi di bulan syawal. Mungkin agak lewat kata kata ini

Taqabbalallahu minna wa minkum

Ampun dan maaf dipinta, sekiranya ada terkasar bahasa, tersalah tingkah laku dan tersilap dalam bergurau senda.

Kepada yang akan menjadi tetamu Allah di bumi yang penuh barakah .....yang dijanjikan Allah terselamat daripada dajjal, moga Allah kurniakan nikmat beribadah sampai ke sana

آمِيّنْ... آمِيّنْ... يَا رَ بَّ العَـــالَمِيْن،  َ

Sesungguhnya yang baik sentiasa daripada  *اللهِ*
Akhirulkalam saya dengan penyerahan dan tawakal kepada Allah

بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ

“Dengan nama Allah aku bertawakkal kepada Allah, tiada suatu daya upaya dan kekuatan melainkan kekuatan Allah.
Semoga Kita Sentiasa Selamat Dalam Jagaan Allah SWT