" Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami 7 perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera". - Wasiat Raja-raja Melayu

Isnin, 15 September 2014

Masa Berlalu. Kita dalam kerugian



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

      Bulan berlalu, musim berlalu, hari berlalu, malah masa begitu pantas berlalu. Sebenarnya, kita dalam kerugian.
      Bulan Ramadhan telah berlalu. Ramai yang merindui bulan ini. Malah ramai juga yang biarkan saja ia berlalu. Cuba kita refleksi ibadah kita ramaadhan tahun ini berbanding Ramadhan yang lalu? Ramai yang dalam kerugian. Kita kurang bersungguh mencari ' malam seribu bulan '.
      Bulan Syawal dirai. Ada yang merainya hingga melepasi syawal. Sana sini rumah terbuka hingga ada yang terlepas berpuasa enam. Kita sekali lagi dalam kerugian. Syawal pun berlalu....
      Bulan kemerdekaan disambut dalam keadaan berkabung. Tragedi MH 370 dan MH 17 begitu menyayat hati rakyat. Al-Fatihah ...buat mangsa beragama Islam. Kita dalam kerugian. Esok kita menyambut ' Hari Malaysia '. Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta. Ada percubaan-percubaan untuk menggangu-gugat sebuah cinta ini. Andai berjaya, kita akan berada dalam kerugian.
      Bulan peperiksaan begitu mendebarkan. UPSR, PT3, SPM dan STPM meresahkan calon, guru, malah ibu bapa. Jika ada yang mempertikaikan integriti para guru, mungkin ada benarnya. UPSR menyebabkan kita dalam kerugian.
      Bulan Haji kembali tiba. Kita doakan mereka mendapat Haji mabrur. Janganlah hendaknya mereka berada dalam kerugian. Bukan senang hendak ke sana. Berpuluh-puluh tahun harus sabar menunggu.

      Begitulah masa, begitu pantas berlalu. Apapun usah lupa, dengan berlalu masa maka, usia kita semakin pendek.

Wangsa Perkasa :  Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
                                                                                      Surah al-'Asr (Masa)